Tak sengaja, orang Kedah kadang kalut kata Mukhriz
00:05 May 25, 2019  |  By SabahKini2
Tak sengaja, orang Kedah kadang kalut kata Mukhriz

Saya tak sengaja tapi tak boleh guna alasan tak sengaja memandangkan sepatutnya memang kena berhenti untuk bersalaman dengan baginda.

LANGKAWI - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengutus surat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bagi memohon ampun dan maaf atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan baginda, di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Mohd Fisol Jaafar memaklumkan, surat berkenaan diutuskan hari ini kepada Istana Johor.

Menurutnya, Mukhriz telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaan beliau sendiri.

"Ia tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman," kata kenyataan itu lagi.

Mukhriz yang ditemui media petang tadi berharap, permohonan maafnya itu dapat diterima oleh Sultan Ibrahim kerana ia sesuatu yang tidak disengajakan.

"Saya tak sengaja tapi tak boleh guna alasan tak sengaja memandangkan sepatutnya memang kena berhenti untuk bersalaman dengan baginda.

"Biasalah, orang Kedah ni kadang kadang kita kalut, jadi berharap baginda dapat menerima permohonan maaf saya," katanya.

Beliau berkata sedemikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Kebajikan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Nurus Salam, Ewa, di sini, tadi.

Menceritakan lanjut berkaitan kejadian, Mukhriz berkata, beliau melihat Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah ke hadapan dan akan memulakan bacaan doa.

"Jadi, saya nak cepat ke sana tapi terlihat Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum bersalaman untuk mengucapkan takziah kepada baginda," katanya.

Mukhriz berkata, beliau mengakui kesilapan dan memohon maaf atas kekhilafan kerana tidak berhenti bersalaman dengan Sultan Ibrahim terlebih dahulu.

Sebelum ini beberapa hantaran facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan cytro Warisan menyindir satu gambar Tengku Mahkota Johor berada di belakang Sultan Johor yang kononnya takut.

“Bila kau kena rotan cikgu kemudian mengadu ayah dengan harapan ayah akan marah cikgu.Tup tup..bila ayah jumpa cikgu rupanya depa member kamceng. Tercalar ego ‘Budak Bodoh’.

Selepas itu muncullah gambar-gambar Sultan Johor dan TMJ bersalaman dengan Tun Dr Mahathir dan orang kenamaan di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang

Hari yang sama tular video Mukhriz tidak bersalam dengan Sultan Johor dan netizen melihatnya sebagai tindakan biadap serta kurang ajar dari seorang Menteri Besar. TMJ turut menyindir Mukhriz dari video tidak bersalam itu.

Walaubagaimanapun penyokong Warisan dan Mukhriz memberi alasan sebagai protokol istana berasaskan warna baju putih dan hitam. Netizen menyindir hujah itu.

 

 

1 Comment