Pemandu Grab Mohd Hanafie hilang dicari
07:05 May 26, 2019  |  By SabahKini2
Pemandu Grab Mohd Hanafie hilang dicari

Tidak dapa dihubungi sejak 24 Mei lalu. Keretanya ditemui berlumuran darah di Indah Permai. Mohon jika ada info dari orang ramai

KOTA KINABALU- Kehilangan pemandu Grab yang dikenali sebagai Mohd Hanafiee membawa kereta nombor SAC 6404 F mendapat perhatian orang ramai selepas tular dalam laman Facebook hari ini selepas keretanya berlumuran darah ditemui di Bazar Ramadhan Indah Permai

Satu laporan sudah buat oleh Polis oleh teman wanitanya berhubung kehilangan lelaki itu sejak 24 Mei lalu.

 

Dalam satu hantaran facebook oleh Sofhia Red yang dikongsi hampir 5000 pengguna facebook, merayu orang ramai memberikan info kehilangan kawan sepupunya itu selepas penemuan kereta penuh kesan darah di steering kereta, pintu, handbrake dan cermin dalam kereta.

“Mohon bantuan orang ramai jika ada apa-apa info kazen kawan saya hilang dipercayai beliau membawa grab. Kereta ditemui di kawasan Indah Permai (Sepanggar) dan steering kereta ada kesan darah kalau siapa-siapa ada sebarang info boleh hubungi 011-36474917 (Mirah)”.

 

Comment