25 Ketua Penaja Armada dan Srikandi bahagian Bersatu Sabah terima watikah pelantikan
22:05 May 26, 2019  |  By SabahKini2
25 Ketua Penaja Armada dan Srikandi bahagian Bersatu Sabah terima watikah pelantikan

Kini lengkaplah 25 Ketua Penaja Armada dan juga Srikandi Bahagian di Sabah

KOTA KINABALU- Dua puluh lima Ketua Penaja Bahagian Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menerima  watikah pelantikan masing-masing

Watikah pelantikan berkenaan disampaikan oleh Ketua  Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu majlis di sini yang turut dihadiri Ketua Penyelaras Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Syed Saddiq berkata ia adalah salah satu lagi lakaran sejarah bagi Armada Bersatu yang secara rasminya telah melebarkan sayap ke Sabah.

“Saya melihat pergerakan Armada Bersatu di Sabah sangat cepat dan saya berharap momentum itu diteruskan untuk mendekati lebih ramai anak muda di Sabah.

“Saya mahu tekankan bahawa asas kekuatan parti adalah anak muda dan saya berharap mereka yang baharu menerima watikah pelantikan memahami apa itu asas perjuangan Armada Bersatu… dalam Bersatu tiada tembok yang memisahkan kita,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata dalam masa terdekat beliau akan mengadakan perbincangan bersama pimpinan Armada Bersatu Sabah untuk mengupas pelbagai isu berkaitan anak muda di Sabah.

“Kita akan membincangkan isu mustahak berkaitan anak muda…kita perlu meraih sokongan golongan muda oleh itu kita kena bincang apa perkara yang perlu dilakukan untuk mendekati mereka,” katanya yang menyasarkan seramai 100,000 keanggotaan golongan muda Sabah dalam Armada Bersatu menjelang tahun hadapan.

 

Pelantikan Ketua Penaja Srikandi bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah

Sehari sebelum itu seramai 25 Ketua Penaja Srikandi bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah turut menerima pelantikan Watikah pelantikan yang disampaikan Ketua Srikandi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam satu majlis tertutup

Mereka yang menerima watikah pelantikan ialah, Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) yang juga Penyelaras Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Aminah Ambrose (Kudat), Dato Redonah Bahanda (Kota Marudu), Hasrina Wati Golkan (Kota Belud), Jamaliah Antalip (Tuaran), Aziah Atoh (Sepanggar), Salmi Sarinoh (Kota Kinabalu), Salmah Sait (Putatan), Luvita Koisun (Penampang).

Seterusnya, Fahzean Mohiddin (Papar), Dayang Hairena Awang Basir (Kimanis), Datuk Surinam Sadikun (Sipitang), Datuk Amisah Yassin (Ranau), Amelia Ajun (Keningau), Sabini Asumor (Tenom), Nesha Azuren Abdul Ghani (Pensiangan).

Selain itu, Aneh Jamri (Beluran), Annabell Perian (Libaran), Hasma Nurdin (Batu Sapi), Normawati Sarjam (Sandakan), Dayang Norhayati Titing (Kinabatangan), Mizma Appehdullah (Silam), Saridah Ab Lakata (Semporna), Datuk Rosdiana Md Nor (Tawau) dan Maria Wahaya (Kalabakan).

Azizah berkata penubuhan Bersatu Sabah melalui onak dan duri, pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi bukan sahaja ketua penaja bahagian tetapi juga dirasai oleh Srikandi dan Armada Bersatu Sabah.

“Sejarah 12 Dis 2018 hinggalah pelancaran Bersatu Sabah pada 6 April 2019 serta malam ini, yang ketua-ketua penaja bahagian Srikandi Bersatu menerima watikah pelantikan.  

Azizah yang juga Ketua Penaja Srikandi Bersatu bahagian Beaufort menegas komitmen 25 ketua-ketua penaja Srikandi akan memastikan Bersatu Sabah tetap kukuh dan kuat serta bergerak bersama  dengan kepimpinan Bersatu negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dan kepimpinan di peringkat bahagian seluruh Sabah.

 

 

 

Comment