Projek Mega TSGP: Shafie 'U-Turn' Lim Guan Eng Batalkan
17:05 May 26, 2019  |  By SabahKini2
Projek Mega TSGP: Shafie 'U-Turn' Lim Guan Eng Batalkan

Disaat Shafie Apdal U-Turn mengenai projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) tiba-tiba Lim Guan Eng umum batal tanpa memaklumkan kerajaan negeri. "Kita tak tahu'..

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menegur sikap Kerajaan Persekutuan yang sesuka hati menangguh atau membatalkan projek mega tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dilaksanakan di peringkat pusat dan ia tidak menjadi masalah jika sekiranya projek itu ditangguh atau dibatalkan.

“Sekurang-kurangnya perkara itu harus dimaklumkan kepada kita kerana Sabah adalah negeri yang terlibat dalam pelaksanaan itu.

“Ini yang kita bimbang… laksana pun kita tidak tahu, batal pun kita tidak tahu… sekurang-kurangnya bagi tahu kita,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Sembulan, di sini

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menamatkan kontrak pembinaan TSGP dan Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) di Sabah, baru-baru ini.

Keperluan TSGP menjana ekonomi negeri

Shafie berkata, kerajaan negeri sedar bahawa terdapat keperluan TSGP dilaksanakan di Sabah memandangkan ia mampu mewujudkan industri hiliran di sepanjang kawasan yang terlibat.

Bagaimanapun, katanya, projek berkenaan diuruskan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya.

“Kita cuma tahu perbelanjaan untuk projek itu sudah dilakukan tetapi berapa jumlahnya kita tidak tahu sebab ia diuruskan pada peringkat Pusat.

“Tetapi ia bukan menjadi keutamaan kita sebaliknya kerajaan negeri memberikan tumpuan kepada pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo agar pembinaan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Bagaimana nada Shafie Apdal ini adalah berbeza ogos tahun lalu kerana sebelum itu beliau akur keputusan Dr Mahathir membatalkan projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) kerana Shafie dianggap lebih ‘Pro Malaya dan Mahathir’.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah ikut keputusan Dr Mahathir batalkan projek TSGP- Shafie ]

 

2 Comments