AG singkir Syazlina Peguam Adib atas alasan isteri Setiausaha Akhbar Menteri KPKT
11:05 May 28, 2019  |  By SabahKini2
AG singkir Syazlina Peguam Adib atas alasan isteri Setiausaha Akhbar Menteri KPKT

Mengapa baru sekarang AG menggunakan 4 alasan termasuk isteri Setiausaha Akhbar Menteri KPKT? Mengapa tidak sebelum pelantikan Syazlin oleh menteri KPKT?mengapa sekarang?

Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu kenyataan hari ini menggunakan 4 alasan berhubung penarikan diri Syazlin Mansor, seorang peguambela dari Majlis Peguam Malaysia, daripada terus mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang dijalankan di hadapan koroner, Hakim Rofiah Mohamad di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

4 mereka meminta Syazlin Mansor menarik diri adalah seperti berikut-

Pertama, KPKT dan JBPM, sebagaimana kementerian dan jabatan kerajaan yang lain, hendaklah mendapatkan nasihat undang-undang daripada jabatan ini, dan peguam luar mestilah dilantik oleh peguam negara / pendakwa raya.

Kedua, Syazlin berada di dalam kedudukan konflik kepentingan apabila beliau bersetuju untuk mewakili KPKT dan JBPM kerana beliau juga turut mewakili keluarga Allahyarham Adib yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues ini. Kepentingan pihak-pihak ini mungkin bertentangan, dan adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima apabila beliau mewakili ketiga-tiga pihak. 

Ketiga, pegawai-pegawai saya yang melaksanakan tugas mereka membantu koroner, telah memaklumkan kepada saya bahawa Syazlin telah mengambil peranan yang aktif di dalam inkues ini, malah sering mengambil kedudukan yang bercanggah daridapa kedudukan yang diambil oleh timbalan pendakwa raya.Perkara ini adalah memalukan beliau dalam kapasitinya sebagai peguam bagi KPKT.

Keempat, suami Syazlin adalah setiausaha akhbar kepada Menteri KPKT. Atas sebab-sebab di atas saya telah memohon agar Menteri KPKT untuk menarik balik pelantikan Syazlin daripada terus mewakili KPKT dan JPBM.

Beberapa komen netizen dalam media sosial selepas beberapa bulan berlangsungnya inkues ini mengapa baru sekarang menggunakan alasan ini? Mengapa tidak sebelum pelantikan Syazlin oleh menteri KPKT?

Jika ada bantahan pun mengapa penguam negara tidak menggunakan alasan-alasan yang dinyatakan itu mencabar kedudukan Syazlin lebih awal mengapa sekarang?

Mengapa ketika KPKT membuat pelantikan, pejabat Peguam Negara tidak mencadang atau syor agar Syazlin menolak pelantikan kerajaan tersebut atas sebab-sebab di atas?

Dengan tekanan serta ugutan pelbagai pihak termasuk menteri PH sudah tentu Syazlin akan turut menarik diri daripada turut mewakili keluarga Allahyarham Adib.

Jika beliau dilihat punya kepentingan atas sebab suaminya adalah Setiausaha Akhabar Menteri KPKT sudah tentu ia satu ugutan atas salah guna kuasa dikemudian hari. Tidak hairan jika Syazlin menarik diri termasuk mewakili keluarga Adib.

Turut membantah kenyataan Peguam Negara ialah Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nor Hizwan Ahmad yang mengatakan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan mengelirukan.

"Telah diketahui umum bahawa Syazlin Peguam mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat sejak inkuesnya bermula pada 11 Februari 2019. Tidak ada bantahan yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam inkues sepanjang inkues berlangsung.

"Peguam Puan Syazlin Mansor telah dilantik secara pro bono." Katanya.

Jadi kenyataan pejabat peguam negara Syazlin menarik diri secara rela dan tanpa sebarang pengaruh daripada jabatan sesuatu yang janggal. Motifnya sangat jelas.

Ia kelihatan satu alasan untuk menghalang kebenaran dan memanggil semula Prof Dr Shahrom Abd Wahid untuk memberikan keterangan lanjut. Apa yang mereka takutkan dengan Syazlin?

 

 

15 Comments