Azman Ali abang MB Selangor bakal ditahan SPRM?
11:12 Dec 02, 2017  |  By SabahKini2
Azman Ali abang MB Selangor bakal ditahan SPRM?

Selain Nuzul Fadli 'Boy' anak saudara MB Selangor proksi projek Azmin seorang lagi ialah Azman Ali abang MB Selangor.

PETALING JAYA: Selepas anak saudara Menteri Besar Selangor, abang kepada Menteri Besar Selangor Azman Ali seorang ahli perniagaan bakal ditahan SPRM tidak lama lagi.

Boy atau Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid anak kakak Azmin Ali ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur29 November lalu.

Sejumlah RM 4 juta akaun milik Boy dan syarikatnya dibekukan berhubung kes rasuah projek lombong pasur dan batu haram di Kajang Selangor. Anak Saudara MB Selangor itu direman bersama 3 lagi rakan pernigaan mereka selama 7 hari bermula 30 November lalu.

Sumber memaklumkan selain Boy sebagai proksi Azmin Ali dalam projek-projek di Selangor seorang lagi orang kepercayaan Azmin Ali ialah abangnya Azman Ali.

Nuzul Fadli 34 tahun tidak bekerja namun kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor. Nuzul Fadli menunjukkan kekayaannya dalam laman sosial facebook dan Instagram.

Azman Ali abang Azmin turut kaya –raya hasil pemberian projek oleh Azmin Ali MB Selangor. Mereka boleh dituduh di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM atau jika terbukti penglibatan Azmin maka boleh dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM salah guna kuasa memberikan projek kepada keluarga atau sekutu.

Comment