Pejabat PM arah tangguh surat pelantikan CEO TM diluluskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng
06:06 Jun 02, 2019  |  By SabahKini2
Pejabat PM arah tangguh surat pelantikan CEO TM diluluskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng

Surat kelulusan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 28 Februari lalu melantik Imri Mokhtar telah ditolak oleh PMO.Pelantikan akan diumumkan kemudian

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) melalui kenyataan media Pengerusinya, Rosli Man telah mendedahkan permintaan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk menangguhkan pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, TM berkata, pengerusi juga telah memaklumkan lembaga pengarah mengenai permintaan PMO itu pada awal Mac lalu.

“Kami percaya ini adalah tadbir urus korporat yang baik untuk turut membabitkan pihak berkepentingan utama termasuk PMO,” kata kenyataan itu sebagai menjawab artikel bertajuk “Stand-Off CEO Telekom” disiarkan media kewangan, The Edge Financial Daily, semalam.

Laporan itu antara lainnya memetik sumber yang mendakwa Rosli Man enggan meneruskan pelantikan pemangku CEO, Imri Mokhtar bagi menggalas tugas itu, walaupun pelantikan beliau telah mendapat surat pelantikan Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng.  

Menurut TM, lembaga pengarah telah mengesyorkan pelantikan Imri sebagai Pengarah Urusan/CEO Kumpulan kepada Kementerian Kewangan (MOF).

“Susulan itu, pihak MOF telah bersetuju dengan pelantikan itu menerusi sepucuk surat bertarikh 28 Februari lalu, tertakluk kepada pelaksanaan dokumen sewajarnya serta kelulusan terma dan syarat tersebut.

Tidak diketahui siapakah pegawai PMO yang memaklumkan kepada Rosli Man Pengerusi TM agar menangguhkan pelantikan Imri Mokhtar itu.

Dalam erti kata lebih kasar Pejabat Perdana Menteri tidak bersetuju dengan lantikan Lim Guan Eng dan Gobind Deo dari DAP itu yang mahu memilih Imri Mokhtar CEO yang bakal ‘ditarik’ hidung oleh DAP.

Perdana Menteri mahu pilihan CEOnya dan bakal diumumkan kemudian.

Lim Guan Eng dalam kenyataan terbarunya semalam berkata hanya akur dengan pelantikan Perdana Menteri.

"Setakat ini, masih lagi orang sama (yang memegang jawatan berkenaan). Kalau ada perubahan, perlu ada arahan atau surat daripada perdana menteri.

"Perkara lain sila rujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia (Gobind Singh).

"Saya terima arahan daripada perdana menteri dan bukan daripada sumber kedua atau ketiga," katanya pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Menurut sumber dari apa yang berlaku adalah jelas Menteri Kewangan yang mengeluarkan surat pelantikan  28 Februari dan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mengesyorkan pelantikan tidak merujuk kepada Perdana Menteri sebelum pelantikan itu.

Penangguhan itu kelihatannya memburukkan situasi dengan tanggapan persepsi buruk PM tidak mahu pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan.

2 Comments