[VIDEO] Kecoh Timbalan Menteri DAP lantik isteri urus program Kementerian
22:06 Jun 09, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Kecoh Timbalan Menteri DAP lantik isteri urus program Kementerian

Kecoh mengenai isteri timbalan menteri 'kontrol' suami di kementerian sehinggakan isteri kelihatan lebih berkuasa dari suaminya di kementerian.

Pastinya rakyat Malaysia masih mengingati dua susuk tubuh suami isteri iaitu YB Tengku Zulpuri Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) bersama isterinya Puan Aida Ros menyerang jentera BN di PRK Cameron Highlands januari lalu.

Timbalan Menteri DAP dan Isteri mengamuk 'kantoi' guna aset Jabatan Perhutanan Pahang

Insiden Timbalan Menteri kantoi menyalahgunakan aset kerajaan (Jabatan Perhutanan) dalam kempen PRK mereka. Rakaman video Tengku Zulpuri itu tular dan menyebabkan kepimpinan DAP Pusat mengarahkan beliau menjarakkan diri dari kempen PRK itu. DAP juga kalah dalam PRK Cameron Highlands. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Timbalan Menteri DAP dan Isteri mengamuk 'kantoi' guna aset Jabatan Perhutanan Pahang ]

Isteri kawal suami di Kementerian

Dalam Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli campurtangan isteri dengan kerja suami menjadi bualan mulut pegawai kementerian.

Apa fungsi dan jawatan Puan Aida Ros ini di Kementerian? Pegawai Khas? Setiausaha? Pembantu? Sehingga mesyuarat dalam kementerian suami pun isteri terlibat mengarahkan pegawai melaksanakan kerja.

Mesyuarat dalam kementerian. Apa agaknya perasaab Pegawai Kementerian jika Puan Aida Ros ini mengarahkan pegawai? Suami pula akur

 Apabila isteri jadi kaki kontrol suami. Ke mana suami pergi termasuk mengamuk pun isteri terlibat menjadi tukang bakar emosi suami.

Lawatan kerja rasmi suami dan gunakan NGO menyerang Kementerian atau jabatan lain

 

SAKSIKAN VIDEO INI- Apa perlunya isteri memberi taklimat untuk lawatan kerja rasmi suaminya?

Terbaru dalam isu orang asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang Puan Aida Ros seolah-olah menjadi ketua lawatan kerja untuk suaminya Tengku Zulpuri Shah Raja Puji. Beliau pula lebih besar dari pegawai kementerian sehingga memberi taklimat utama bagaimana lawatan itu dilakukan.

Paling memusykilkan ialah Puan Aida Ros menggunakan NGO Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) yang dipimpin oleh Shariffah Sabrina Syed Akil dan Yatie Shaharom dalam lawatan itu. Apa NGO ini dapat? Dana kerajaan?  

Antara program penglibatan isterinya Puan Aida Ros. 

Adalah tidak wajar isteri Timbalan Menteri bersama NGO menyerang agensi lain seperti Jabatan Perhutanan, Perhilitan, Pengairan, Jabatan Tanah atau apa sahaja dalam ruang lingkup kerja suaminya termasuk kementerian lain seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA- KPLB). Timbalan Menteri mempunyai saluran tertentu untuk menyampaikan maklumat kepada bossnya (Menteri) atau rakan sejawatnya dalam kementerian lain. Apatah lagi menyerang secara terbuka.

Pembalakan, perlombongan mempunyai kaitan dengan kerja suaminya Tengku Zulpuri. Jawapan persoalan semua boleh diperolehi dalam kementeriannya sendiri. Malah jika kementerian lain suaminya juga boleh mendapatkannya. 
Setahun dah jadi kerajaan masih tak pandai membawa diri.
Niat mereka mahu menyerang kerajaan negeri tetapi buka pekong jabatan sendiri.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli tertakluk kepada peraturan dan arahan kabinet. Beliau bukan lagi seorang ‘pembangkang’ untuk membuat kenyataan sesuka hati. Keputusan kementerian adalah kuasa Menterinya Dr Xavier bukan timbalan. Timbalan hanya membantu menyelaras tugas menteri. Beliau tidak boleh mendahului Menterinya.Timbalan hanya terlibat dalam mesyuarat Pasca Kabinet, hanya Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Jadi 'Zip' mulut pada perkara yang tidak berkaitan.

Dalam kes orang asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang apa perlunya Timbalan Menteri membuat kenyataan yang tak pasti atau belum sahih diberikan oleh kementeriannya sendiri dan jabatan lain seperti Jabatan Alam Sekitar atau Kementerian Kesihatan? Paling sadis apa perlu pula isteri membuat kenyataan media dalam facebook?

Apa perlunya Zulpuri membawa NGO yang isterinya aktif dalam badan itu?

Jadi apa perlunya isteri campurtangan dan terlibat dengan NGO yang jelas bertentangan dengan kerja suaminya? Jika NGO itu menerima dana dari Kementeriannya ia sudah jelas Zulpuri mempunyai kepentingan di dalamnya melalui isterinya. Sayang binipun janganlah sehingga tugas kementerian pun diambil alih oleh isteri. 

 

 

6 Comments