Pembunuh pemandu grab didakwa: PTI tak mengaku salah, warga tempatan mengaku 'Mental'
05:06 Jun 11, 2019  |  By SabahKini2
Pembunuh pemandu grab didakwa: PTI tak mengaku salah, warga tempatan mengaku 'Mental'

Tiada pengakuan diterima daripada Arsit dan Amru selepas pertuduhan dibacakan di hadapan mereka namun Amru warga tempatan menggunakan alasan pernah 'Sakit Mental'

KOTA KINABALU: Seorang warga tempatan dan seorang lagi warga asing (PTI) dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab dua minggu lalu.

Arsit Indanan, 20, warga Filipina dan Amru Al Asy Japri, 24, warga tempatan, kedua-duanya pekerja kedai cuci kereta didakwa melakukan jenayah itu di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun di mahkamah litar Tuaran.

Arsit bersama Amru dituduh membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27 di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX antara jam 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei lalu di tepi jalanraya Marabahai, Tuaran.

Keduanya menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan diterima daripada Arsit dan Amru selepas pertuduhan dibacakan di hadapan mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Julai bagi sebutan kes mereka di Tuaran.

Kedua tertuduh turut diperintahkan terus ditahan reman disebabkan tiada peruntukan ikat jamin bagi dakwaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Taktik Sakit Mental

Sementara itu peguambela Amru Al Asy Japri warga tempatan, Dominic Chew menggunakan taktik memohon kepada mahkamah supaya anakguamnya dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang untuk menjalani pemerhatian mental.

Tujuan pemeriksaan tersebut ialah untuk memastikan samaada Amru layak diambil pengakuan.

Permohonan tersebut dibuat berdasarkan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah kerana menurut Chew, Amru pernah menjalani rawatan di hospital psikiatri itu.

Bagaimanapun permohonan tersebut dibantah oleh pegawai pendakwa Inspektor Papilus Primus.

Amru diwakili oleh Chew dan Aida Jaafar Mad Ariff manakala Arsit Indanan (PTI) tidak diwakili peguam.

[ARTIKEL BERKAITAN- PTI ditangkap kes bunuh pemandu grab]

[ARTIKEL BERKAITAN- Pemuda lain dakwa PTI ‘pembunuh grab’ pekerja cuci kereta 1Borneo tikam sehingga kantung perut bocor ]

 

Muka ceria ni sakit mental ke?

22 Comments