[VIDEO] Benteras penjual rokok haram PTI Filipina elak Pergaduhan warga tempatan Ranau
15:06 Jun 11, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Benteras penjual rokok haram PTI Filipina elak Pergaduhan warga tempatan Ranau

Padah apabila pihak berkuasa tidak endah penjual rokok haram PTI Filipina di Ranau. Sekarang kesannya dah berlaku.

 

Sebelum ini sudah pernah dilaporkan mengenai PTI menjual rokok haram.. tapi tidak diambil tindakan

Setiap perkara yang berlaku pasti ada permulaannya. Sejak sekian lama PTI Filipina telah mula monopoli penjualan rokok haram. Ia sudah berlaku sejak 3 tahun lagi. Dan kesannya seperti apa yang berlaku baru-baru ini. Sudah banyak laporan dbuat terhadap penjual rokok haram tetapi pihak berkuasa seakan tidak endah. Sekarang mereka merasa kesannya. Sepatutnya jika ada rakyat dengan penjual rokok haram oleh PTI  tindakan terus diambil. 

Tapi ia dibiarkan sahaja seolah-olah pihak berkuasa sudah mendapat mendapat sesuatu. Hari ini kelam kabutlah semua pihak mahu menangani isu PTI dan pejualan rokok haram. Sudah ada warga tempatan berdarah kepala barulah semua bertindak.

[ARTIKEL BERKAITAN -Hayunan batang paip PTI ke kepala Stanley Gisin bangkitkan kemarahan Dusun Ranau ]

Hayunan batang paip PTI ke kepala Stanley Gisin bangkitkan kemarahan Dusun Ranau

Kronologi Insiden

Pada 9 Jun 2019 jam lebih kurang 1330, bertempat di hadapan Kedai Runcit Tan Eng Thye, 7Jalan Pekan Ranau mangsa penama STANLEY GISIN telah datang bertemu dengan Adik mangsa bernama BATHERLEWMUR GISIN setelah diarah oleh Emak mangsa untuk melihat adik mangsa berikutan dilihat bergaduh pertengkaran mulut dengan beberapa orang dipercayai warga FILIPINA. Sejurus bertanyakan apa yang berlaku datang sekumpulan lelaki dipercayai warga FILIPINA lebih kurang 8 orang dengan membawa senjata seperti kapak, batang paip besi dan parang menaiki sebuah kenderaan jenis Produa Viva warna Silver No. Pendaftaran SAA 9137 J dan beberapa buah motosikal dan mengejar mangsa hingga ke pasar sayur pekan RANAU.

Setiba mangsa di hadapan Pasar sayur Pekan Ranau mangsa telah dipukul dengan batang paip besi oleh dua orang daripada warga FILIPINA sehingga dileraikan oleh orang awam. Mangsa mendapat kecederaan luka di bahagian kepala dan kesan calar di bahagian belakang badan akibat dipukul dan menerima 6 jahitan di bahagian kepala.

 

Butiran Mangsa

Nama: STANLEY GISIN

No. KPT :900618-12-5707

Umur: 29 tahun

Bangsa: Dusun

Alamat: Kampung Badukan RANAU

Punca Insiden

Insiden berpunca ekoran daripada rasa tidak puashati sekumpulan pemuda warga tempatan yang ditegur oleh sekumpulan Warga FILIPINA merupakan penjual rokok di Jalan Pekan RANAU pada malam 8 JUN 2019, akibat kejadian itu daripada perbuatan sekumpulan anak muda warga tempatan yang dikatakan membuat bising dengan mengeluarkan bunyi ekzos yang kuat dengan menggunakan motosikal. Dimana adik mangsa penama BATHERLEWMUR GISIN terlibat sama bersama dengan penama SHAROL bin MALIK masa kejadian berlaku.

Akibat daripada teguran sekumpulan Warga FILIPINA pada malam 8 JUN 2019 jam lebih kurang 2100 penama BATHERLEWMUR GISIN dan SHAROL bin MALIK bersama beberapa orang rakan telah kembali di Jalan Pekan, Pekan RANAU bertemu dengan beberapa Warga FILIPINA penjual rokok sehingga menimbulkan rasa tidak puashati warga FILIPINA(.) Kehadiran mangsa di tempat kejadian berikutan diarah oleh emak mangsa untuk melihat kejadian sebenar yang melibatkan adik mangsa namun, mangsa telah dijadikan sasaran oleh warga FILIPINA sehingga dikejar dan dipukul di hadapan Pasar sayur Pekan Ranau.

Maklumat Keselamatan

Pada 9 JUN 2019 lebih kurang jam 1900, bertempat di Pekan RANAU, maklumat diperolehi mendedahkan terkesan satu tindak balas dari belia penduduk Kg. Badukan, Kg.Kinapulidan, Kg. Libang dan Kg. Marakau ingin membalas dendam atas kejadian yang berlaku dengan mensasarkan penjual rokok haram di Pekan RANAU dan tempat kediaman/rumah sewa warga FILIPINA di sekitar Pekan RANAU.

Komen-komen Netizen Ranau

 

 

 

2 Comments