Kini Timbalan Menteri DAP ajak semua bangsa, penganut agama ubah subjek Pendidikan Islam
03:06 Jun 18, 2019  |  By SabahKini2
Kini Timbalan Menteri DAP ajak semua bangsa, penganut agama ubah subjek Pendidikan Islam

Sebelum ini jawatankuasa ubah subjek sejarah. Kini Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) untuk ubah subjek pendidikan Islam dengan mengajak semua bangsa dan bukan Islam bantu ubah subjek pendidikan Islam.

PUTRAJAYA- Hari ini sekali lagi Teo Nie Ching Timbalan Menteri DAP kontroversi apabila dalam facebooknya membuat pengumuman mengenai Kementerian Pendidikan berkaitan penubuhan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) untuk mendapat maklumbalas negatif dikalangan warganet.

Pengumuman pasukan itu seolah-olah diketuai oleh Teo Nie Ching.

Pengumuman itu Teo Nie Ching menjemput individu, kumpulan dan institusi tanpa mengira agama dan bangsa, untuk mengemukakan cadangan bagi menambah baik dan membawa kemajuan kepada Pendidikan Islam dilihat tidak wajar dilakukan kerana ia dilihat akan menyentuh sensitiviti agama.

Netizen dalam komen-komen di laman facebook terkejut dengan pengumuman itu dan mempersoalkan apa maksud menjemput semua individu, kumpulan, institusi tanpa mengira agama dan bangsa untuk menambahbaik mata pelajaran agama Islam?

Sepatutnya cadangan mengenai mengubah Pendidikan Islam itu dilakukan oleh pakar-pakar yang arif dan bukannya pihak yang tidak berkaitan bagi urusan itu.

Link pengumuman Teo Nie Ching itu juga akhirnya di padam mungkin telah menyedari kekecohan yang berlaku.

https://www.facebook.com/158435150866099/…/2361802323862693/

Walau bagaimanapun pengumuman semua bangsa dan agama dijemput untuk membincangkan penambahbaikan matapelajaran agama Islam di sekolah-sekolah turut dimuat dalam laman Kementerian Pendidikan. 

Sebelum ini Teo Nie Ching Timbalan Menteri DAP itu kontroversi apabila mengumumkan jawatankuasa membabitkan pakar mata pelajaran Sejarah dalam Kementerian Pendidikan dengan mengaturkan pertemuan antara wakil pertubuhan Cina bertemu jawatankuasa serta pihak berkepentingan lain.

[ARTIKEL BERKAITAN- Timbalan Menteri DAP sahkan 'Team DAP' ubah subjek sejarah sekolah rendah ]

Timbalan Menteri DAP sahkan 'Team DAP'  ubah subjek sejarah sekolah rendah

Setakat hingga kini Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik masih berdiam diri dan tidak memberi ulasan berhubung isu ini.

 

 

4 Comments