Syarikat kroni digagalkan, Timbalan Menteri, KSU MoTAC serang Menteri guna ‘Surat Layang’
13:06 Jun 27, 2019  |  By SabahKini2
Syarikat kroni digagalkan, Timbalan Menteri, KSU MoTAC serang Menteri guna ‘Surat Layang’

Akhirnya dalang 'Surat Layang' menyerang menteri dikesan tidak lain dan tidak bukan ialah pembenci tegar Menteri iaitu Timbalan Menteri dan KSU. Datuk Isham Ishak KSu tahu bakal ditukar jadi mereka tidak senang. Timbalan pula kemaruk nak jadi Menteri.

Baru ini tular dalam aplikasi whatsapps surat layang bertarikh 15 Jun 2019 di alamatkan kepada Perdana Menteri Malaysia berhubung luahan hati penjawat awam di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terhadap Menterinya Datuk Mohammadin Ketapi.

Surat yang ditulis 7 muka surat itu jelas lebih kepada satu bentuk serangan peribadi ‘hear say’ tidak berdasarkan bukti. Jelasnya penulis surat itu adalah pembenci Menteri kerana ada perkara tersekat yang tidak dapat dilaksanakan oleh mereka.

Semakan dan siasatan mendapati surat ini didalangi oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik (MP PKR Balik Pulau)dan juga Datuk Isham Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Kedua-duanya pengurusan kementerian yang sangat menentang kuat Datuk Mohammadin Ketapi. Jika dibaca surat yang panjang lebar jelas dalangnya menyebut luahan rasa hati Timbalan Menteri dan juga KSU kementerian.

Sendiri tegur sendiri puji..bijak Timbalan Menteri dan KSU MoTAC ni


Bagaimana dengan KSU yang jadi dalang surat layang? Nak pindahkan ke mana?

YB Tuan Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik adalah Timbalan Menteri yang sering membelakangi dan mendahului menterinya. Dalam erti kata yang lain beliau gagal memahami fungsi jawatannya sebagai timbalan jelas menyebut hanya Menteri mempunyai kuasa dibawah Akta Fungsi Menteri 1969.


Wayang Timbalan Menteri dan KSU MoTAC. Depan bukan main 'Jilat'. Belakang merekalah pengkhianat

 

Bagi Datuk Isham Ishak pula beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) berkuatkuasa 17 Februari 2019. Beliau sebelum ini Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sejak 2 Julai 2018.

Beliau menggantikan Datuk Rashidi bin Hasbullah yang bersara wajib pada 17 Februari 2019 (Selain kes skandal Speedy Gonzales).


Betapa gembiranya Darell dan pegawai MITI apabila  Datuk Isham Ishak dibuang dari MITI ke MoTAC. 
Akhirnya Datuk Isham memberi masalah di MoTAC pula. Berlagak terlalu berkuasa seolah-olah di MoTAC tiada Menteri.
Itulah apa yang beliau lakukan di MITI dahulu. 

Datuk Isham Ishak dibuang Darell Leiking

Namun jangan lupa Datuk Darell Leiking telah membuat surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk meminta pertukaran KSU MITI ini. Secara kasarnya Darell tidak mahukan Datuk Isham Ishak yang tidak mengikut arahan menteri serta mempunyai kroni tersendiri dalam projek di kementerian. Oleh itu Darell menggunakan kuasanya membuang Datuk Isham Ishak.

Kini selepas dipindahkan ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya beliau kembali menunjukkan beliaulah KSU paling berkuasa. Perangai lama kembali. Benarlah kata-kata pegawai MITI habislah Mohammadin Ketapi dan mereka bersorak bila 'Napolean kecil' itu dibuang.

Di MoTAC Datuk Isham Ishak membelakangi kuasa Menteri serta memperlekeh kuasa Akta Kontrak 1949, hal kewangan, penurunan kuasa dan lain-lain yang jelas di bawah kuasa Menteri. KSU hanya menjalankan kuasa dibawah penurunan kuasa Menteri bukan memandai-memandai membelakangi menteri.

YB TM Bakhtiar dan Datuk Isham Ishak marah apabila syarikat-syarikat periklanan, pengurusan acara dan kontrak-kontraktor tertentu di bawa oleh mereka terhalang apabila tidak diluluskan oleh Menteri Datuk Mohammadin Ketapi. [Siri seterusnya kita akan dedah semua syarikat, projek yang diminta oleh Timbalan Menteri dan KSU]


Pindahkan Datuk Isham Ishak yang keras kepala dan kaki kroni

Oleh itu jika Datuk Mohammadin Ketapi selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menghantar surat atau menyatakan keperluannya kepada Ketua Setiausaha Negara bagi menukar KSU Kementerian ia bukan satu kesalahan. Ia perkara biasa dan sejajar dengan Akta Fungsi Menteri 1969 yang berkuasa dalam kementeriannya. Jika seorang KSU tidak boleh lagi memberi kerjasama atau mengikut arahan Menteri lebih baik KSU itu pindah saja ke kementerian lain.

Satu perkara kadang-kadang dalam sesebuah kementerian ialah KSU kelihatan membodohkan Menteri. Mereka fikir menteri yang dilantik boleh dibodohkan dan diperkotak katikkan.

Mereka fikir menteri baru tidak faham Akta Fungsi Menteri 1969, Akta Tatacara Kewangan 1957, Akta Perwakilan Kuasa 1956 dan Akta Kontrak Kerajaan 1949. KSU sombong ni berfikir Menteri dan pegawainya tiada masa memikirkan semua pekeliling, Arahan Perbendaharan, perkhidmatan dan bermacam-macam lagi peraturan. Begitu juga segala mesyuarat dan jawatankuasa yang wujud dalam kementerian.

Ya Ketua Setiausaha Kementerian adalah Eksekutif Utama Kementerian, Pegawai Pengawal dan Ketua Kira-kira Kementeriannya tetapi beliau juga tertakluk kepada kuasa menteri. Beliau sepatutnya berbaik-baik dan jika tidak bersetuju dengan Menteri perlulah mencari jalan sesuai untuk berbincang dengan menteri. Bukan membelakangkan menteri malah lebih teruk menyerang menteri dengan ‘surat layang’ bodoh serta menjerat diri sendiri.

Kuas Menteri- Akta Kontrak Kerajaan 1949

Dalam kontrak kerajaan misalnya jelas kuasa kontrak adalah Menteri yang dilantik. Menteri memberi kuasa kepada KSU serta pegawai-pegawai selepas itu. Kadang-kadang KSU fikir menteri tidak tahu malah tidak mahu memberi nasihat kepada Menteri berhubung perkara ini. Wal hal jika kertas penurunan kuasa itu sampai kepada Menteri, menteri mempunyai kuasa menentukan had nilai dan pegawai mana sesuai untuk menandatangani kontrak kementerian.

Tunjukkan bahagian mana KSU lebih berkuasa dari Menteri?
Perkara yang KSU dan Pegawai pro KSU selalu sembunyikan dari pengetahuan Menteri. 

Jika Menteri itu menteri baru maka akan lebih menjadi 'lauk' KSU. Mereka hantar dokumen menteri belek-belek helaian kertas nama had nilai pegawai KSU RM300 juta, TKSU RM100 juta hinggalah para pengarah, 
Menteri pun tandatangan. 
KSU senyum sebab dia Pengerusi Lembaga Perolehan A Kementerian.
Cara pelaksanaannya tidak pernah diberitahu menteri termasuk proses Lembaga Perolehan A. 
Wal hal itu kuasa menteri untuk tahu

Kementerian dibawah pimpinan Menteri menjadi hak menteri untuk tahu semua perkara dalam kementerian termasuk senarai projek yang sedang, akan dan telah dilaksanakan. Atau apa sahaja program dan fungsi jabatan dibawahnya. Beliau mempunyai kuasa melantik pegawai mana yang beliau mahu untuk terus berurusan dengannya.

Jadi apa isu jika pegawai di kementerian memberi maklumat itu kepada Menteri? Kenapa pula Timbalan Menteri dan KSU marah kepada Menteri?

Pelantikan pegawai Menteri

Apa isu pelantikan pegawai di pejabat Menteri? Menteri punya kuasa melantik sesiapa sahaja beliau mahukan selagi tertakluk dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2018Perjawatan dan Urusan Perkhidmatan Di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri. (terpulang jika ada pekeliling baru).  Pegawai PTD, tetap, kontrak, pinjaman, kader hatta orang politik pun hak menteri. Latheefa Koya yang tiada pengalaman penjawat awam pun boleh dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Apalah sangat pegawai-pegawai Menteri dari Penasihat Menteri, PTTK, SUSK, SUA, Pegawai Khas, Pegawai Pengiring dan segala macam perjawatan di pejabat Menteri itu.

Oleh itu surat layang yang didalangi oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik Timbalan Menteri dan Datuk Isham Ishak ‘ala-ala budak tadika’ tu tukar sikitlah cara persembahan surat. Nak kutuk pun jangan nampak sangat empunya diri yang tulis itu.

“Kutuk Menteri tetapi memuji-muji Timbalan Menteri dan KSU”. Bukankah itu langkah bodoh namanya.

Apa perlu dilakukan?

Kalau saya Mohammadin Ketapi esok saya masuk pejabat panggil SUB Pengurusan Sumber Manusia, saya semak semua perjawatan di kementerian, dan minta semua pegawai yang tidak sesuai ke kementerian lain. Perkara pertama tukar pegawai kanan KSU dan TKSU yang paling kurang ajar.

Panggil SUB Kewangan rombak balik Surat Penurunan Kuasa Akta Kontrak 1949 yang diluluskan Menteri kepada pegawai, buat had limit baru dari KSU, TKSU, SUB, Ketua Pengarah, Pengarah atau CEO Badan Berkanun. Kalau boleh tukar format surat penurunan kuasa itu, jika ada surat LOA atau SST minta Menteri tandatangan Surat Penurunan Kuasa setiap Projek kepada pegawai yang sesuai bukan lagi secara pukal secara kebiasaannya kepada KSU.

Jika Shafie Apdal boleh melakukannya ketika Menteri KKLW mengapa pula Menteri sekarang tak boleh. Tak ada isu melanggar peraturan ia hanya isu teknikal. Shafie Apdal Ketua Menteri juga sekarang. SPRM pun tak boleh sabitkan tindakannya sebagai salah.


Datuk Mohammadin Ketapi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sepatutnya buat seperti ini. 
Bagaimanapun KSU dan TKSU yang sombong perlu dinyahkan dulu

Mesyuarat pengurusan dan Pasca Kabinet Kementerian bukan isu di mana-mana pun boleh buat. Menteri tentukan di mana pegawai biasanya akan ikut sahaja. Malah ada Menteri PH membuat mesyuarat pengurusan di rumah kediaman rasmi. Tiada isu selagi KSU dan pengurusan kanan tertinggi kementerian mengikut arahan menteri.

Kepada Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mohon ambil tindakan tegas. Kamu adalah ketua jabatan di pejabat Menteri. Taraf kamu dari sudut hierarki pejabat Menteri adalah sama dengan KSU. Kamu menjadi penghubung kepada semua pegawai kanan, jabatan, agensi, badan berkanun dan GLC. Malah kamu berhak masuk di semua mesyuarat kementerian atas arahan Menteri. Ibaratnya jika Menteri tiada dipejabat SUSKlah menjadi wakil menteri di pejabat. Selagi tidak menyalahi dan fungsi Setiausaha Sulit Kanan Menteri. SUSK perlu melawan ke depan. Jangan biar Menteri dibodohkan oleh Pegawai Kanan (PTD) di Kementerian. Jika kamu bukan PTD tetap tetapi kontrak apa kamu mahu takut. Lawan. Pertahan majikan. Itu kuasa kamu. 

Kepada Timbalan Menteri dan KSU mohonlah jangan berlagak temberang tahu semua perkara. Mudah! Kalau kamu rasa tak boleh bekerja dengan Menteri maka keluarlah dengan hormat. Minta pindah ke tempat lain atau kamu mungkin dipindahkan bukan atas kehendak kamu. Menteri perlukan pegawai yang boleh bersama bekerja bukan ada agenda lain untuk ‘kenyang’ macam Datuk Isham Ishak ni.

Mohon Menteri bila berjumpa dengan KSN di Mesyuarat Jemaah Menteri pada setiap rabu berunding terus dengan KSN percepatkan pemindahan KSU ‘Napoleon kecil’ macam Datuk Isham Ishak. Jangan biar lama sebelum beliau mengeluarkan lagi ‘surat layang’ kedua.

Kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik elok dia fokus kepada tugasnya sebagai timbalan. Selain tugas hakiki ‘menjawab soalan’ parlimen bagi pihak menteri mungkin boleh sedikit dipertanggungjawabkan membantu menteri melalui jawatankuasa atau badan berkanun yang ada di Kementerian. Atau lebih baik fokus kepada isu dalaman PKR, Video Semburit Azmin-Haziq. Main ‘surat layang’ ni budak-budak sahaja.

Jangan ghairah memburukkan Menteri di belakang dan bercita-cita mahu menjadi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Itu kuasa Perdana Menteri tertakluk kuota parti masing-masing. Kerusi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bukan kerusi PKR. Jadi tak payahlah bermimpi. Dilantik sebagai Timbalan Menteri tetapi tak pandai berbincang dengan Menteri secara ‘face to face’. Datanglah rumah atau jumpa dimana-mana sesuai bukan menyerang menteri dalam Mesyuarat Pasca Kabinet ataupun menggunakan ‘surat layang’.

 

Nota- Parti Warisan bukan parti komponen PH sebagaimana yang disebutkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada 16 Februari 2019 ketika Bersatu masuk ke Sabah. Warisan adalah parti bergabung dan bekerjasama dengan PH.

 

Bekas Pegawai MoTAC


Nota - Surat pembaca ini sepertimana yang diemelkan kepada Ketua Editor Sabahkini2 di emel [email protected]

 

26 Comments