'Saya minta maaf makanan tak cukup, mercun ditaja syarikat, artis percuma- Azis Jamman
23:06 Jun 23, 2019  |  By SabahKini2
'Saya minta maaf makanan tak cukup, mercun ditaja syarikat, artis percuma- Azis Jamman

Majlis yang diurussetiakan oleh Mohd Farish Pegawai khas (skodeng) tidak cukup makanan kerana sasaran hadir 3 ke 4 ribu orang.Bagaimanapun majlis kelihatan berbelanja besar ada mercun dan artis-artis terkenal

KOTA KINABALU: Dilaporkan lebih dari 5,000  pengunjung memeriahkan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Sepanggar yang diadakan di perkarangan Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), dekat sini baru-baru ini.

Kehadiran orang ramai adalah diluar jangkaan Ahli Parlimen Sepanggar, Dato’ Aziz Bin Jamman.

Dalam laman facebook netizen yang hadir ke majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Sepanggar meluahkan rasa tidak puas hati tentang pengurusan majlis, makanan tidak mencukupi tetapi majlis yang diraikan dihadiri artis dari Semenanjung Malaysia selain mercun-mercun yang kosnya bukan murah.

Bagaimanapun Dato’ Aziz Bin Jamman dalam facebooknya membuat kenyataan permohonan di atas kekurangan majlis itu.

“Pertama saya meminta maaf majlis itu saya anggarkan kehadiran  3 atau 4 ribu orang sahaja, saya sediakan 5 ribu anggaran makanan, namun rupanya tidak mencukupi kerana dihadiri lebih dari 5 ribu tetamu..

“Soal mercun, sebenarnya itu adalah sumbangan daripada syarikat pembekal (kontraktor). Saya tidak bayar satu sen pun. mereka berbesar hati untuk menyumbang mercun itu bagi memeriahkan suasana hari raya’. katanya

Dato’ Azis juga menjangkakan tidak ramai yang akan hadir kerana beliau beranggapan ramai yang ramai berada di rumah bersama keluarga selain tempat di UMS agak jauh.

“Kedudukan di UMS tu saya takut membuatkan orang tidak datang kerana saya telah cari beberapa tempat namun tiada yang sesuai membuatkan saya terpaksa pilih UMS sebagai tempat acara.

“Petugas-petugas tidak salah, katerer tidak salah tapi kesalahan itu kesalahan saya dan kelemahan saya. Jadi saya minta maaf.’ katanya

Mengenai artis-artis Sememanjung seperti Datuk Nash, Joe wings, Eddie Hamid adalah sahabatnya yang membuat persembahan secara percuma dalam majlis itu kecuali artis bernama Sabah bernama Edi dibayar membuat persembahan.

Baru-baru ini tular gambar Pegawai Khas Datuk Azis Jamman Mohd Farish yang terlibat dengan kes video skodeng bawah skirt menjadi urus setia majlis rumah terbuka Hari Raya itu.Beliau dikatakan sudah dipecat namun masih kelihatan bekerja sebagai Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN itu serta sering kelihatan di UMS menguruskan program Ahli Parlimen Sepanggar itu.

Sehingga ke hari ini sudah lebih 6 bulan kes Mohd Farish itu belum didakwa di mahkamah oleh Peguam Negara.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bila kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri 'Skodeng' bawah skirt mahu didakwa? ]

 Bila kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri 'Skodeng' bawah skirt mahu didakwa?

 

 

 

6 Comments