Timbalan Menteri, KSU nafi terlibat dalang surat layang tapi..
15:06 Jun 25, 2019  |  By SabahKini2
Timbalan Menteri, KSU nafi terlibat dalang surat layang tapi..

Selepas Timbalan Menteri dan KSU bermegah dengan surat layang yang tular dalam aplikasi whatspp akhirnya mereka terpaksa menjawab dalang 'surat layang' sebenar yang dikaitkan dengan mereka..

PUTRAJAYA: Timbalan dan Ketua Setiausaha menteri pelancongan, seni dan budaya menafikan mereka terlibat dengan surat layang mengkritik Menteri Mohamaddin Ketapi yang tersebar di WhatsApp.

[ARTIKEL BERKAITAN- Syarikat kroni digagalkan, Timbalan Menteri, KSU MoTAC serang Menteri guna ‘Surat Layang’ ]

Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal Sabahkini2 yang melaporkan dakwaan surat layang luahan hati kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad didalangi mereka berdua.

“Saya tidak mempunyai kaitan dengan surat layang berkenaan. Saya sedang berunding dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap laman yang melaporkan perkara itu,” katanya

Sementara itu Datuk Isham Ishak Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut membuat laporan mengaitkan beliau mengenai dakwaan itu.

“Saya sudah buat laporan polis,” kata Isham Ishak kepada  “Benda ini tidak betul dan berbahaya.”

Bagaimanapun sumber Sabahkini2 melalui surat yang dihantar melalui emel itu adalah pegawai dalaman Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sendiri yang mengesahkan dalang ‘surat layang’ adalah Timbalan Menteri dan KSU.

Motif mereka jelas memburukkan nama baik Menteri melalui surat layang yang tular. Umum mengetahui hubungan Timbalan Menteri dan KSU yang hambar terhadap Menteri, malah KSU dikatakan tidak hormat kepada menteri.

Susulan daripada itu surat untuk menggantikan Datuk Isham Ishak sebagai KSU kementerian telah dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara.

Dijangka Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mempunyai KSU baru dalam tempoh terdekat.

3 Comments