Puji China perangi keganasan: Mujahid ‘setuju’ dasar tindas Etnik Islam Uighur?
06:06 Jun 30, 2019  |  By SabahKini2
Puji China perangi keganasan: Mujahid ‘setuju’ dasar tindas Etnik Islam Uighur?

Begitu banyak kontroversi Mujahid. Dari isu LGBT melibatkan pondan, gay, homoseksual, tangkap khalwat isu peribadi, tabung TH dan kini melawat China serta menjadi jurucakap keganasan terhadap Uighur sebagai berita palsu. Pelbagai pihak mengecamnya..

Perkongsian Mujahid Rawa Menteri JPM (Agama) dalam facebooknya sempena lawatan ke Beijing China mendefinisikan sebuah kem tahanan masyarakat Islam Uighur sebagai “pusat latihan dan vokasional bagi masyarakat Uighur”, mendapat kecaman antaranya Amnesty International, aktivis Islam Dr Ahmad Farouk Musa dan netizen di negara ini.

Portal Uyghur Human Right Project turut menyiarkan berita-berita antarabangsa mengecam kenyataan Mujahid Rawa itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Amnesty joins criticism of Mujahid following visit to Xinjiang camps ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Mujahid condemned for using Chinese propaganda term in visit to Xinjiang ‘training centre’ ]

 

Umum mengetahui penduduk Islam di wilayah Xinjiang berdepan pelbagai sekatan terhadap kebebasan budaya dan agama yang dikenakan parti komunis China.

Mujahid menteri agama itu dengan bangganya mengulang istilah “pusat latihan” itu sambil mengakhiri kenyataannya dengan “#RahmatanLilAlamin”.

Dr Ahmad Farouk Musa berkata Mujahid perlu sedar apa-apa yang dinamakan “kem pendidikan semula” itu sebenarnya adalah kem tahanan dan ia bukanlah rekaan Barat semata-mata.

Naib Presiden Umno, Khaled Nordin mendakwa tindakan Mujahid menggunakan istilah “pusat latihan” terhadap kem itu memalukan umat Islam dan negara. 

“Penggunaan terma ‘pusat latihan’ adalah ‘an endorsement’ kepada dasar penindasan umat Islam di Xinjiang. Begitu juga apabila beliau menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai ‘berita palsu dari China’ apabila berucap di Bejing Foreign Studies University.

“Tiada ‘pusat latihan’ di Xinjiang. Yang ada adalah ‘concentration camp’ yang mempunyai hanya satu tujuan, iaitu menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan minoritI seperti Uighur, Kazakh, Tajik dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan itu.

Manakala bekas duta besar Malaysia ke Kanada, Dennis Ignatius berkata tindakan Mujahid itu menghina rakyat Malaysia yang prihatin terhadap hak asasi dan maruah manusia

Menurutnya, apa yang berlaku di Xinjiang adalah jenayah terhadap kemanusiaan.

“Tetapi seorang menteri Malaysia Baru membenarkan dirinya digunakan dalam usaha China menutup jenayah mereka,” tulisnya dalam kolum terkini di FMT.

“Selepas melakukan ‘lawatan berpandu’ di mana tetamu melihat dan mendengar apa yang tuan rumah mahu dia lihat dan dengar, dia (Mujahid) beria-ia memuji ‘pusat latihan dan vokasional’ China terhadap Uighur.

“Dan bagaimana mereka menjalankan aktiviti ‘latihan perindustrian’ dan mengajar pelbagai kemahiran seperti menjahit, kelas undang-undang, seni dan gubahan bunga. Bolehkah seseorang itu menjadi terlalu lurus?” soalnya.

 

Penindasan umat Islam Uighur sebagai Berita Palsu

Mujahid dalam ucapannya di Universiti Pengajian Luar Beijing memuji usaha China memerangi ekstremisme. Katanya penindasan umat Islam Uighur sebagai berita palsu

“Berita palsu di China mengenai umat Islam ditindas boleh mencetuskan gelombang simpati pada orang yang ditindas dan menjejaskan hubungan,” kata Mujahid


Menurut Mujahid penindasan masyarakat Islam Uighur adalah propaganda Palsu.

Beliau kemudian membuat perbandingan dengan dakwaan penganut Hindu di Malaysia dianiaya.

“Sementara berita palsu tentang penganut Hindu diperlakukan secara tidak adil oleh orang Islam di Malaysia contohnya boleh mencetuskan kebencian terhadap orang Islam minoriti di India,” katanya seolah-olah membayangkan apa yang berlaku pada kes Adib.

 

Mujahid bersama Agen China

Mujahid juga mendapat kecaman daripada netizen Uighur yang pernah belajar di Malaysia.

 

Seorang pengguna facebook bernama Burhan Saiti Uyghur menulis Mujahid bersama agen penipu China yang mengaburi kebenaran etnik Uighur.

“Dear Malaysian friends, don’t trust this Chinese agent; Chinese government brings him to Malaysia the condition that if he tells the truth, they will execute his family members; his body is Uyghur, but his tongue, his thoughts and his mind is Chinese government; As I am academician, I don’t tell lie, and my underaged children don’t tell the lie!

Komen Burhan itu merujuk kepada seorang lelaki pengiring yang bersama-sama Mujahid melawat Masjid Id Kah Xinjiang, Institut Latihan dan Vokasional, Taman Teknolongi Industri di Xinjiang, dan Institut Islam Xinjiang.

Katanya Mujahid sepatutnya tidak mudah tertipu apa yang dilihatnya sepanjang lawatan tersebut.

Sudah tentu Menteri Agama berkenaan ditunjukkan tempat-tempat yang tidak seperti yang didakwa berlakunya penindasan.

Apakah kenyataan Mujahid Yusof Rawa Menteri Agama ini mewakili Kerajaan Malaysia dalam dasarnya terhadap persetujuan penindasan etnik Uighur di China?

Kenyataan Uyghur Human Right Project , Amnesty International dan pelbagai pihak lagi disiarkan media antarabangsa cukup memalukan negara. Ia menggambarkan pendirian Malaysia menyokong keganasan China menghapuskan etnik Islam Uighur.

 

 

1 Comment