Ahmad Zahid Hamidi umum kembali bertugas sebagai Presiden
15:06 Jun 30, 2019  |  By SabahKini2
Ahmad Zahid Hamidi umum kembali bertugas sebagai Presiden

Keputusan tersebut dibuat memandangkan hari ini genap setahun beliau dipilih sebagai Presiden UMNO oleh perwakilan daripada 191 bahagian.

BAGAN DATUK - Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid umum kembali bertugas sebagai Presiden UMNO mulai hari ini.

Pengumuman itu dibuat ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Food Court Perdana BD, Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun di sini hari ini.

Katanya, keputusan tersebut dibuat memandangkan hari ini genap setahun beliau dipilih sebagai Presiden UMNO oleh perwakilan daripada 191 bahagian.

"Maka genap setahun ini cukup signifikan dan sangat penting bagi saya oleh yang demikian 30 Jun 2019, saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti sebagai presiden UMNO pada hari ini.

"Ini bererti mulai pada hari ini, saya akan terus menyambung tugas saya sebagai presiden UMNO Malaysia," katanya dalam ucapan yang turut dimuat naik ke laman Facebooknya.

Pada 18 Disember lalu, Ahmad Zahid mengumumkan bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan menyerahkan tugas itu kepada Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan.

1 Comment