Penganjur ‘tarian bogel’ minta maaf, KPM tidak mahu lagi terlibat program kerjasama MUDA
05:07 Jul 01, 2019  |  By SabahKini2
Penganjur ‘tarian bogel’ minta maaf, KPM tidak mahu lagi terlibat program kerjasama MUDA

Sejak beberapa tahun NGO MUDA dengan kerjasama KPM menganjurkan MUDA Medalist Dancesport Competitions namun kali ini mereka melanggar tatacara pakaian.KPM tekad tidak mahu lagi bekerjasama!

KUALA LUMPUR:  Selepas KPM dikecam Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching hari ini mengesahkan KPM menerima permohonan maaf daripada penganjur pertandingan tarian ‘Separuh Bogel’ yang menampilkan peserta persembahan memakai pakaian menjolok mata di sebuah hotel di Ipoh, Perak, pada Sabtu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pertandingan 'Tarian Bogel' tajaan Kementerian Pendidikan dikecam rakyat ]

Pertandingan 'Tarian Bogel'  tajaan Kementerian Pendidikan dikecam rakyat

Satu kenyataan media dihantar penganjur JJ & Alice Danceworld menyatakan permohonan maaf selepas gagal mematuhi kod pakaian dalam dua majlis iaitu Perak MUDA Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019.

Alice Ho berkata, KPM dan Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (MUDA) telah menyatakan kod pakaian yang harus dipatuhi, namun pihaknya mendakwa terlepas pandang dan tidak memaklumkan perkara itu kepada peserta pertandingan.

Kenyataan media KPM turut memaklumkan tidak lagi akan terlibat dalam apa jua program dianjurkan oleh MUDA.

“Pihak penganjur seharusnya telah membatalkan penyertaan mereka yang tidak mematuhi tatacara pemakaian”. kata kenyataan itu.

Komen-komen Netizen dalam media sosial berkata program MUDA Medalist Dancesport Competitions bukan baharu tetapi telah dilaksanakan sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini bermakna KPM memberikan kerjasama kepada penganjur tertakluk kepada peraturan sedia ada. Bagaiamanapun menjadi persoalan bagaimana pada tahun 2019 program ini lebih panas dengan pakaian menjolok mata seperti ala-ala 'tarian gelek' dan penganjur tidak mematuhi tatacara pemakaian.

"Mungkin inilah suasaa dan cara Malaysia Baharu". kata Osman Khairul seorang penggunakan facebook.

Menurut sumber program Perak MUDA Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019 mendapat restu YB Teo Nie Ching Timbalan Menteri Pendidikan. 

1 Comment