Kementerian Sumber Manusia sahkan RM5 juta untuk Belia India
00:07 Jul 03, 2019  |  By SabahKini2
Kementerian Sumber Manusia sahkan RM5 juta untuk Belia India

Kementerian menjelaskan wujudnya program inisiatif meningkatkan enrolmen pelajar belia India di ILPJTM

Kementerian Sumber Manusia mengambil perhatian isu pengecualian bayaran keperluan bagi pelajar baharu khususnya belia India di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak yang tular di media sosial.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri DAP arah KP JTM bayar yuran Belia India guna dana Amanah ILJTM, kaum lain wajib bayar RM1800 ]

Dalam satu kenyataan, kementerian menjelaskan wujudnya program inisiatif meningkatkan enrolmen pelajar belia India di mana Bajet 2019 telah menyediakan peruntukan khas berjumlah RM5 juta.

"Ini bagi tujuan menambah penyertaan bilangan belia India untuk menyertai bidang TVET di mana jumlah pelajar disasarkan seramai 2,000 orang," jelas kenyataan tersebut.

Kementerian memaklumkan dalam melaksanakan program itu, Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) akan menjalankan kursus jangka panjang dan pendek, ujian kecenderungan kemahiran serta pra-sijil.

"Bagi kursus jangka panjang, bayaran keperluan sahaja yang dikecualikan bagi pelajar baharu belia India (Diploma dan Sijil).

"Tetapi pelajar belia India masih perlu memohon pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk mengikuti program diploma sepenuh masa," jelas kenyataan tersebut.

Kementerian memaklumkan, program inisiatif meningkatkan enrolmen pelajar belia India bukan pertama kali dilaksanakan, sebaliknya pernah dianjurkan oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2013 hingga 2015. 

Bagaimanapun tidak dinyatakan program sebelum ini atas nama sama dan penganjurannya dari 2016 hingga 2018 yang tidak dilaksana.

Selain itu Kementerian Sumber Manusia oktober tahun lalu sudah menyatakan sedang dalam proses untuk mendapatkan kelulusan bagi pengecualian bayaran keperluan di ILJTM kepada pelajar namun kali ini khusus untuk keluarga B40 serta orang asli.

Terdahulu tular di media sosial wujudnya dakwaan diskriminasi perkauman melibatkan pembayaran yuran di ILP Ledang.

Dakwaan itu timbul berikutan pengecualian bayaran yuran yang diberikan kepada kaum India yang datang mendaftar di pusat latihan itu semalam.

Bagaimanapun daripada memo Ketua Pengarah JTM ia jelas arahan daripada Menterinya untuk menjayakan program berkenaan. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kuota pengambilan Belia India itu di setiap ILJTM atau terpilih jika hanya 2000 orang sasaran belia India di seluruh negara.

Comment