Pihak berkuasa terus buntu, Menteri pula mahu saman pihak kaitkan suaminya pemilik kilang kimia
04:07 Jul 03, 2019  |  By SabahKini2
Pihak berkuasa terus buntu, Menteri pula mahu saman pihak kaitkan suaminya pemilik kilang kimia

Yeo Bee Yin Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berang pihak kaitkan suaminya Lee Yow Seng CEO 101 Properties Group Berhad dengan 3 kilang kimia. Beliau akan saman..

PUTRAJAYA - Berang dengan netizen yang menyebarkan gambar suaminya Lee Yow Seng Ketua Pegawai Eksekutif 101 Properties Group Berhad Yeo Bee Yin Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan cubaan fitnah terhadapnya dan suami.

Jelas beliau, tindakan pihak tertentu mempolitikkan insiden pencemaran di Pasir Gudang, Johor adalah jijik dan keji tanpa mengambil kira perasaan serta trauma mereka yang terlibat.

"Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang menyebarkan fitnah dan menyalahgunakan kebebasan bersuara," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang disebarkan di media sosial bahawa kilang kimia di kawasan tersebut dimiliki oleh anak syarikat IOI Corp Berhad.

Antara syarikat itu ialah IOI Pan-Century Oleochemicals Sdn. Bh, IOI Lipid Enzymetec Sdn. Bhd dan IOI Pan-Century Edible Oils Sdn. Bhd.


Yeo Bee Yin mempertahankan suaminya dari kritikan kilang kimia

Sehubungan itu, Bee Yin berkata, kenyataan itu disifatkan sebagai tidak bermaruah dan penghinaan kepada beratus-ratus pegawai kerajaan daripada semua agensi yang terlibat dalam menangani masalah di Pasir Gudang.

"Mereka bertungkus lumus bekerja siang dan malam tanpa mengenal penat lelah untuk memberikan bantuan kesihatan, mengambil bacaan parameter, menganalisis data demi kesejahteraan penduduk Pasir Gudang," katanya.

Bagaimanapun cabaran saman Yeo Bee Yin dianggap oleh netizen sebagai satu ugutan kerana memandangkan kes pencemaran di Pasir Gudang telah berlaku sejak Mac lalu.

“Rakyat bertanya dan suruh siasat betul kah syarikat berkaitan suami Menteri Alam Sekitar ini ada tiga kilang kimia di Pasir Gudang. Terus menteri ini melompat nak saman rakyat pula” kata Isham Jalil

Menurutnya sepatutnya jika punca sebenar kejadian keracunan udara tidak dibuat betul-betul atau lambat dibuat kerana kilang-kilang yang mungkin terlibat tidak disiasat kerana ada konflik kepentingan, maka kejadian ini akan berlaku lagi dan beribu-ribu rakyat Johor di Pasir Gudang dan kawasan sekitaran akan terus terdedah kepada keracunan udara tersebut termasuklah penjawat-penjawat awam yang menjalankan tugas atas arahan menteri.

“Ini bukan soal politik, ia soal kebertanggungjawaban dan soal keselamatan awam”. katanya dalam catatan terbaru dalam facebooknya.

Ab Jalil Backer dalam facebooknya berkata ada orang mempertahankan Menteri dan suami dengan menulis I0I Pan-Century Oleochemicals Sdn. Bhd (Malaysia) bukan syarikat membabitkan proses kimia.

“Saya kena nyatakan tiada siapa mendakwa syarikat berkaitan suami menteri adalah pihak yang mencemar alam sekitar di Pasir Gudang.

“Namun mendakwa syarikat terbabit hanya memproses hasil sawit dan tiada kena mengena dengan proses kimia (chemical) dan tidak mungkin terbabit dalam bencana di Pasir Gudang adalah pandangan yang menyesatkan.

“ Nama syarikat pun ada perkataan Oleochemical mesti ada kena mengena dengan kimia.’ katanya

Netizen lain turut menularkan tangkap layar berkaitan syarikat milik suami menteri itu I0I Pan-Century Oleochemicals Sdn. Bhd (Malaysia).

Lebih memusykilkan rakyat ialah pada 1 Julai lalu Yeo Bee Yin membuat keputusan pihak industri kimia di Pasir Gudang perlu menyediakan alat pengesan gas (multi gas detector) kepada 111 sekolah di kawasan itu secepat mungkin.

"Kilang-kilang (kimia) perlu sediakan alat pengesan gas dalam masa yang terdekat. Ini mandatori.

"Setiap sekolah diangkat oleh satu atau dua buah kilang di mana mereka perlu beri alat pengesan gas kepada sekolah untuk bacaan gas secara berterusan," 

Tidak dapat dipastikan apakah kilang syarikat milik suaminya juga diarahkan menyediakan alat pengesan gas (multi gas detector) kepada sekolah yang terlibat.

Apa yang rakyat perlu tahu ialah siapa pihak yang terlibat, mendakwa pihak terlibat dengan tegas serta penyelesaian segera agar kejadian keracunan udara tidak berulang lagi.

Malah media melaporkan pihak berkuasa masih bingung mencari punca simptom sebenar. Semua sampel darah dan air kencing diambil daripada pelajar menunjukkan nasil negatif. 

Baru-baru ini dalam satu sesi Townhalll Menteri Alam Sekitar bersama penduduk yang terllibat dalam pencemaran meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada menteri kerana kegagalan dan kelembapan kerajaan mengurus masalah pencemaran.

Facebook Ops Johor menyiarkan video itu

2 Comments