MA63: Pandangan PM Najib lebih tepat berbanding Pandikar Amin
05:12 Dec 04, 2017  |  By SabahKini2
MA63: Pandangan PM Najib lebih tepat berbanding Pandikar Amin

Pada zaman Pak Lah dan DS Najib, pematuhan kepada Perkara 20 dan Perkara 18 lebih baik berbanding Perdana Menteri terdahulu. Pada zaman Perdana Menteri terdahulu anda akan di ISAkan jika membuka mulut hal-hal berkaitan Perkara 20, Sabahan, Sarawakian dan

BAHAGIAN PERTAMA (SEJARAH)

20 Mei 1882 – Pembentukan kerajaan North Borneo oleh kolonial British dan merdeka pada 31 Ogos 1963

24 September 1841 – Pembentukan kerajaan Sarawak oleh kolonial British dan merdeka pada 22 Julai 1963

1 Febuari 1948 – Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan merdeka pada 31 Ogos 1957

3 Jun 1959 – Singapura berkerajaan sendiri, dan merdeka melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

27 Mei 1961, Hotel Adelphi, Singapura – Tunku Abd Rahman mencadangkan penubuhan Persekutuan Malaysia di Singapura

23 Julai 1961, Singapura – Lee Kuan Yew bertemu Donald Stephens menerangkan kebaikan menyertai pembentukan Malaysia. Kemudian Donald Stephens bertemu Tunku Abd Rahman di Kuala Lumpur dan memutuskan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). JPPM telah bermsyuarat 4 kali iaitu pada Ogos 1961 di Kota Kinabalu, September 1961 di Kuching, Januari, 1962 di Kuala Lumpur dan 3/4 Febuari, 1962 di Singapura

17 Januari 1962 – Suruhanjya Cobbold ditubuhkan untuk menilai suara dan pandangan orag Borneo Utara dan Sarawak.

3 Februari/April 1962 – Suruhanjaya Cobblod menemui lebih 4,000 dan menerima 2,200 emorandum

21/6/1962 – Suruhanjaya Coblod menghantar laporan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan laporan 1/3 setuju bergabung membentuk Malaysia. 1/3 setuju dengan syarat, 1/3 setuju tetapi mahu memerdekakan Borneo Utara terlebih dahulu sebelum menyertai pembentukan Malaysia

29/8/1962 – Menandatangi Perjanjian Perkara 20
Kata-kata Donald Stephens: “Kami menolak menyertai Malaysia sebagai negeri individu, kami mahu supaya Wilayah Borneo bersatu dahulu supaya kami boleh berunding dengan Persekutuan Tanah Melayu sebagai rakan kongsi bersama dan bukannya di bawah pemerintahan mereka… kerana kalau kami menyertai sekarang, mereka yang datang mengambil kebanyakan jawatan yang tinggi adalah orang Persekutuan Tanah Melayu… iaitu penjajah baru…”

2 Oktober 1962 – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu berkata,  “Saya melihat perkara yang penting mengenai Malaysia sebenarnya adalah untuk membolehkan wilayah Borneo berubah kedudukan daripada dijajah kepada memerintah sendiri sekali gus merdeka dalam Malaysia. Hari penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) untuk meneruskan penjajahan, apabila Wilayah Borneo menjadi sebahagian Malaysia. Ia bukan dijajah tetapi menjadi sebagai rakan kongsi yang sama taraf.”

Lord Cobbold, pengerusi Suruhanjaya Cobbold berkata: “Dari mulanya adalah suatu syarat yang diperlukan bahawa Malaysia seharusnya dianggap oleh semua pihak yang berkenaan sebagai satu penggabungan ahli-ahli kongsi, dan bergabung untuk kepentingan bersama untuk menubuhkan satu negara baru tetapi masih mengekalkan hak-hak dan identitinya sendiri.”

9/7/1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London

16/9/1963 – Persekutuan baharu Malaysia ditubuhkan dengan dianggotai Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.

BAHAGIAN KEDUA (NATION BUILDING)

27 Ogos 1976 – Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan Perlembagaan yang telah meletakkan Sabah dan Sarawak bukan lagi sebagai entiti yang berasingan daripada Persekutuan Tanah Melayu, tetapi sama taraf dengan negeri-negeri di Persekutuan Tanah.
Daripada kronologi ringkas di atas jelas membuktikan beberapa perkara yang disebut oleh Pandikar Amin Mulia adalah kurang tepat. Namun begitu, beliau mempunyai pandangan yang bagus dalam konteks nation building.

17 November 2017 – Sebenarnya kata-kata yang paling tepat ialah daripada Perdana Menteri DS Najib di mana baru-baru ini Najib berkata, “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak berniat untuk mengambil apa-apa yang sememangnya menjadi hak negeri dan rakyat Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Kalau kita terambil, kalau terambil dahulu, kita kena pulangkan balik. Ini perjuangan kita. Bukan perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) sahaja. Ini perjuangan kita bersama. Saya berkongsi sentimen anda,”

Memang benar dalam konteks negara moden bukanlah elok jika sesebuah negara mempunyai dua sistem pemerintahan. Pemimpin-pemimpin terdahulu telah menggunakan kebijaksanaan mereka dalam mempertahankan hak-hak rakyat Sabah yang telah bergabung di dalam Malaysia sebab itulah kita mempunyai Perkara 20 dan Sarawak Perkara 18. Itu adalah hak keistimewaan yang termaksud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada zaman Pak Lah dan DS Najib, pematuhan kepada Perkara 20 dan Perkara 18 lebih baik berbanding Perdana Menteri terdahulu. Pada zaman Perdana Menteri terdahulu anda akan di ISAkan jika membuka mulut hal-hal berkaitan Perkara 20, Sabahan, Sarawakian dan seumpamanya. Hari ini anda menikmati kebebasan dan real democratic yang sebenarnya.

Bukan sahaja jawatan di peringkat persekutuan kini dimonopoli oleh Sabahan di negeri Sabah, malahan paling besar hadiah PM Najib yang tidak diberikan oleh Perdana Menteri sebelumnya ialah PAN Borneo tanpa satu tiang Tol. PAN Borneo ini akan memakmurkan lagi negeri Sabah di mana industri pesisir PAN Borneo pasti akan tumbuh seperti  bandar-bandar baharu, kawasan industri baharu dan pelbagai lagi yang akan membuka banyak peluang pekerjaan. Ini sudah disebut oleh PM Najib semasa pertemuan degan saya di New York dua tahun dahulu. Bacaan ulangan anda di sini.

Untuk masa hadapan, saya mencadangkan Kerajaan dan NGO perlu membuat lebih banyak Seminar dan Forum terbuka untuk memberi penekanan kepada aspek nation building, patriotisme, keselamatan, dan jati diri sebagai sebuah bangsa dan negara Malaysia yang berdaulat. Saya sedia membantu.

Selamat Membaca.

KLIA
2 Disember 2017. Sila baca

http://www.al-azharrisiddiq.com/2017/12/ma63-pandikar-amin-separuh-betul.html

2 Comments