Tular tanah 'Orang Kuat Warisan' Sepanggar Arsad Ghani 'Jual Nama' TYT ceroboh tanah Kurol Melangi Likas akhirnya Pengarah JTU serbu tanah itu. Penemuan mereka mengejutkan...
Isu panas- Datuk Safar Untung Pengarah JTU Sabah datang sendiri membuat serbuan
KOTA KINABALU: Selepas tular video pencerobohan tanah kerajaan di Kampung Suluk (dulu Warisan) Kurol Melangi Teluk Likas oleh Arsad Ghani yang kononnya diluluskan oleh ‘TYT’ Sabah hari ini Datuk Safar Untung Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah bersama Pengarah Penguatkuasa DBKK, Adun Likas serta pemimpin tempatan menyerbu tanah itu. Adun Karambunai Datuk Azhar Matusin yang sepatutnya hadir tidak hadir dalam lawatan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Orang kuat Warisan Arsad Ghani ceroboh tanah Teluk Likas 'Jual Nama' TYT Sabah ]
Pencerobohan tanah itu didalangi pemimpin tempatan Warisan Sepanggar berdasarkan semakan rekod keahlian dalam Parti Warisan yang disebarkan netizen melalui media sosial facebook dan aplikasi whatsapp.
Arsad Ghani nombor kad pengenalan 690529125649 menggunakan alamat tetap Kampung Suluk Jalan Kurol Melangi Likas dan berasal dari Kg Sim Sim.
Dalam satu kenyataan lawatan dan serbuan itu telah mengeluarkan kompuan serta jentera jengkaut dialihkan.
"Datuk Safar iaitu Pengarah Jab Tanah dan Ukur (JTU), Tuan Mukti pengarah Penguatkuasaan DBKK serta beberapa kakitangan JTU dan DBKK juga telah berada di kawasan terbabit. Tanah terbabit merupakan tanah milik sebuah syarikat kerajaan. Pemilik tanah telah pun mengeluarkan notis dan arahan pengusiran daripada mahkamah. DBKK telah pun mengeluarkan kompaun kepada penceroboh dan peralatan berat iaitu sebuah jengkaut (Hitachi) dialihkan dari kawasan tersebut"
Serbuan sambil bersantai
Berdasarkan gambar-gambar yang tular kelihatan Datuk Safar serta beberapa penguatkuasa melawat kawasan itu dan beberapa struktur bangunan telah didirikan digantung dengan kain rentang berlogokan Parti Warisan serta gambar-gambar Datuk Azis Jamman Ahli Parlimen P.171 Sepanggar.
Apakah pemimpin Warisan seperti Ahli Parlimen dan Adun Karambunai maklum tentang penggunaan logo warisan serta nama mereka?
Atau mereka juga ada membuat surat sokongan menyokong Arsad Ghani?
Turut ditularkan ialah surat Cawangan Kampung Suluk Kurol Melangi bertarikh 1 Julai 2019 ditujukan kepada Datuk Haji Nordin Sima Mayor Dewan Bandaraka Kota Kinabalu memohon kebenaran membuat pembersihan kawasan dan menyukat semula PT.20-19010231 bekas geran CL.0155831598 Kurol Melangi Teluk Likas ditandatangani oleh Arsad Ghani.
Belum dapat surat kelulusan dah ceroboh tanah
Setakat ini tiada surat kelulusan daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah serta DBKK yang didedahkan mengesahkan Arsad Ghani bersama 674 penduduk yang memohon telah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.