Rayuan Taikun Balak, Menteri arah tangguh tukar Pengarah Perhutanan Pahang sebagai Pengarah Latihan
09:07 Jul 05, 2019  |  By SabahKini2
Rayuan Taikun Balak, Menteri arah tangguh tukar Pengarah Perhutanan Pahang sebagai Pengarah Latihan

Laporan hubungan dengan taikun balak dan disiasat SPRM akhirnya Pengarah Perhutanan Pahang dipindahkan ke Ibu Pejabat Perhutanan di Kuala Lumpur sebagai Pengarah Latihan. Surat berkuatkuasa 14 Jun namun atas arahan Menteri ditangguhkan.Mengapa?

Laporan kisah rasuah Pengarah Perhutanan Pahang mendapat respon hangat daripada rakyat Pahang.

Malah Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang dakwaan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin Pengarah Perhutanan Pahang itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- NGO lapor rasuah Pengarah Perhutanan Pahang, apa tindakan MB Pahang dan Menteri KATS? ]

NGO lapor rasuah Pengarah Perhutanan Pahang, apa tindakan MB Pahang dan Menteri KATS?

Susulan laporan yang tular serta siasatan SPRM itu Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin diarahkan pindah ke ibu pejabat dan melapor diri sebagai Pengarah Latihan Perhutanan bermula tarikh 14 Jun lalu. Surat perpindahan 31 Mei 2019 telah dikeluarkan oleh KP  Perhutanan Semenanjung Malaysia.

 

Laman web Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga telah memasukkan semula namanya sebagai Pengarah Latihan Perhutanan.  Manakala Pengarah Negeri Pahang dilaporkan kosong.

 

Laman web jabatan melaporkan kekosongan jawatan Pengarah Perhutanan Pahang.


Pengarah Perhutanan Johor Datuk Jeffri Abd Rasid dikatakan bakal Pengarah Perhutanan Pahang

Bagaimanapun sesuatu yang tidak wajar berlaku apabila Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) Dr. Xavier Jayakumar mengarahkan Ketua Pengarah Perhutanan menangguhkan perpindahan Dato’ Dr Hizamri itu ke Ibu Pejabat. Dah diarah pindah tetapi Dr Hizamri kekal pula di Pahang. Ini bermakna Dr Hizamri bertugas di Pahang hanya secara pentadbiran kerana posisinya ada di ibu pejabat.

Sumber mendedahkan Taikun Cina balak Pahang Liew Leong Tat (LLT) telah membuat rayuan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli agar menangguhkan perpindahan itu. Dimaklumkan YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail Menteri Besar Pahang hanya akur serta tidak memberi apa-apa komen berhubung perpindahan itu.

Sumber juga mendedahkan Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin ada berjumpa dengan taikun cina Liew Leong Tat agar menggunakan pengaruhnya bagi meminta Menteri menangguhkan perpindahan itu. Dan nampaknya usaha itu berjaya.

Apakah sebabnya? Adakah kerja-kerja pembalakan yang belum selesai dan perlu diselesaikan lagi? Atau masih mencari pengganti pengarah yang baru. Dikatakan Pengarah Perhutanan Johor bakal dipindahkan ke Pahang. Mungkin para taikun bimbang dan resah dengan cara kerja Pengarah Perhutanan Pahang yang baru.

Datuk Borhanudin Hj Arshad Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang mengeluarkan surat perpindahan berkuatkuasa pada 14 jun dikatakan tidak boleh berbuat apa-apa dengan arahan itu. Setakat ini hanya masih mengekalkan secara pentadbiran sebagaimana diumumkan dalam laman web Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Puan Latheefa Bebe Koya Ketua Pesuruhjaya SPRM wajar menyiasat dakwaan arahan penangguhan Pengarah Perhutanan Pahang atas permintaan taikun balak Liew Leong Tat itu. Atau dia tidak berminat kerana Dr Sivarasa Rasiah adalah kawan baiknya.

Penangguhan bertugas 14 Jun di Ibupejabat mengesahkan lagi peranan taikun balak LLT bersama Hizamri di Pahang. Ada pengaruh dan wang semua boleh terjadi di zaman PH ini. 

Sampai bila Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin terus duduk di Pahang kali ini? Apakah sementara atau terus kekal menyambung kerja-kerja rasuahnya di Pahang?

Portal, NGO, media sosial seperi Facebook dan twitter bangkit menentangnya di Pahang namun  Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin terus kebal. Mampukah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Menterinya berhadapan dengan penolakan rakyat? Sama-sama melihat sejauh mana Hizamri pergi.

 

 

 

1 Comment