Episod saman antara Zahida Rafik dan bekas pemandu Zahida membuka bab baru apabila mahkamah menerima rayuan bekas pemandu manakalah LHDN telah membekukan akaun haram Zahida- Shafie
Mahkamah Persekutuan 30 November lalu membenarkan permohonan Noor Azman Azemi, bekas pemandu pelakon Zahida Rafique dalam rayuannya terhadap saman fitnah ke atas bekas majikannya.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif membenarkan Noor Azman menimbulkan persoalan undang-undang mengenai sama ada laporan polis dianggap sebagai keistimewaan mutlak.
Hakim lain adalah Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma'arop dan Datuk Balia Yusof Wahi.
Persoalan dibangkitkan adalah berkenaan individu berkenaan memiliki hak istimewa mutlak jika mengulangi isi pernyataan fitnah dalam laporan polis yang didedahkan termasuk kepada media
Pada 26 Febuari 2015 dilaporkan Noor Azman menang dalam saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila mahkamah memerintahkan Zahida membayar RM150,000 dan menolak tuntutan balas pelakon itu.
Ini selepas Zahida memberitahu akhbar dengan mendakwa Noor Azman mencuri wang sebanyak RM200,000, yang mana bekas pemandu itu menafikannya.
Hakim Hue Siew Kheng memutuskan Zahida bukan sahaja memfitnah Noor Azman tetapi juga telah mereka invois semasa memberikan keterangan di mahkamah.
Siew Kheng berkata Zahida telah menceritakan pelbagai versi mengenai sumber wang berkenaan dan terdapat percanggahan dalam bukti diberikan Zahida dan ahli perniagaan yang juga pemilik Puncak Utsa, Shaheful Ardan Adenan berhubung wang berkenaan
Siew Kheng juga berkata Zahida mendakwa wang itu adalah komisyen bagi pinjaman RM20,000 yang diberikan kepada ahli perniagaan itu dan mendakwa wang itu sebahagian daripada keuntungan sebanyak RM243,000 yang mana Shaheful memberikan pulangan ke atas pelaburannya.
Namun Siew Kheng berkata ahli perniagaan itu dalam keterangannya mengatakan RM200,000 itu diberikan sebagai wang ihsan.
Bagaimanapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Lim Yee Lan pada Mei lalu membenarkan rayuan Zahida dan memerintahkan Noor Azman membayar kos sebanyak RM200,000 dan kos RM50,000 atas tuntutan balas aktres tersebut.
Hakim Datuk Hasnah Hashim semasa membacakan keputusannya berkata Mahkamah Rayuan berhak campur tangan dalam kes itu kerana terdapat bukti meyakinkan untuk menunjukkan wang diperolehi Zahida dan kelakuan Noor Azman pada hari kejadian - iaitu 29 Februari 2012 - boleh dipersoalkan.
"Kenyataan dibuat Zahida seperti disiarkan dalam Harian Metro mempunyai keistimewaan terlindung hasil laporan polis beliau," katanya.
Noor Azman diwakili Tan Sri Gopal Sri Ram dan Latheefa Koya manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Zahida.
Kemenangan Zahida mengesahkan kehilangan wang RM200,000 yang dilarikan pemandunya Noor Azman Azemi sebagaimana dilapor polis dan media.
Pada 18 April 2012 Noor Azman Azemi dan Zuraida Ahli Parlimen Ampang mengadakan sidang media mendedahkan penyata bank peribadi Zahida Rafik bukan hanya RM 200,00 tetapi transaksi RM1.5 juta yang diberi Shafie Apdal.
Transaksi itu ialah Oktober 2011 (RM36,000 dan RM26,000), November 2011 (RM118,000), Disember 2011 (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)
Pada Februari 2013 Noor Azman Azemi pernah dipanggil SPRM berhubung siasatan dana RM1.5jutadibawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLATFAPUAA 2001) namun kes itu ditutup oleh Tan Sri Abu Kassim KP SPRM sahabat baik Shafie Apdal.
Sumber mendedahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membeku akaun Zahida Rafik RM1.5 juta itu.
Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Skandal Shafie Apdal dikatakan sebagai isteri kedua namun sehingga ke hari ini Shafie Apdal tidak pernah membuat pengakuan. Zahida juga kaya -raya jasil hubungan dengan Shafie Apdal.
Malu-malu kucing Shafie Apdal dan Zahida sehingga hari ini terus misteri!
Memiliki rumah di TTDI 3 berharga RM 4 juta hasil pemberian Shafie Apdal
Vellfire AAE2: Milik Zahida Rafik
AAE2: Milik Zahida Rafik
Seorang pemandu VIP di Indonesia berkata Shafie Apdal pernah ke Indonesia bersama Zahida dan dua orang anak!
Hidup bebas dengan kemewahan
Sering bercuti ke luar negara
Datin Shuryani binti Shuaib isteri pertama Shafie Apdal amat tidak senang dengan hubungan suaminya dengan Zahida Rafik. Sumber-sumber tertentu bakal mendedahkan surat nikah Shafie Apdal dengan Zahida yang sebelum ini hubungan terlarang mereka dinafikan.
Pihak Sabahkini2 akan mendedahkan kemudian.