1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB!
09:07 Jul 07, 2019  |  By SabahKini2
1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB!

Selepas PPSB memfailkan saman terhadap kerajaan Sabah, pengurus SFI GTC, syarikat China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd apa jadi? Penjualan pihak ketiga digagalkan dan paling malang rakyat bekerja di SFI tiada gaji...

Kemelut undang-undang berhubung pembelian konsesi Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) yang antara lain melibatkan kerajaan Sabah menggugat keyakinan pelabur di negeri Sabah.

Lebih menggusarkan kemelut SFI yang menjadi mangsa ialah rakyat iaitu pekerja di kilang SFI yang dijanjikan gaji sehingga sekarang terus hampa.

Mei lalu Shafie Apdal telah berjanji kepada para pekerja SFI Sipitang untuk membayar gaji-gaji dan menjaga kebajikan mereka. Nampaknya sehingga hari ini ia sangat mengecewakan. Jumlahnya bukannya kecil melebihi 1000 orang pekerja. Grant Thornton Consulting (GTC), administrasi (receiver manager) SFI gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

“Ibarat gajah dan gajah berperang pelanduk mati ditengah-tengah” kemelut antara kerajaan negeri, SFI, pengurus SFI Grant Thornton Consulting Sdn Bhd (receiver manager) dan Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) milik Syed Mokhtar Albukhary taikun Melayu terkenal terus melalui jalan buntu.

Malah turut terlibat ialah syarikat pulpa dan kertas dari China, Lee & Man Paper Manufacturing Ltd pembeli ketiga kepada SFI.

Laporan StarbizWeek jun lalu merujuk kepada satu saman sivil terhadap pihak terbabit dan satu permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Menteri Shafie Apdal dan kerajaan negeri yang difailkan oleh Prestasi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tycoon in legal tussle over timber licences ]

Ia pada mulanya merupakan satu transaksi perniagaan biasa apabila Pelangi menandatangani satu perjanjian untuk membeli SFI pada 2018, tetapi keadaan menjadi kusut selepas pilihan raya umum ke-14 tahun lepas.

Kerajaan negeri yang baru memutuskan untuk tidak mengeluarkan lesen balak baru kepada Pelangi. Ia juga menetapkan syarat yang sama sekali baru bagi mengeluarkan lesen.

PPSB pula telah membayar deposit sebanyak RM120 juta untuk mengambil alih SFI yang berdepan masalah kewangan, tetapi tanpa akses kepada bahan mentah, syarikat pasti akan mengalami kerugian besar.

Dalam masa sama PPSB sudah membayar gaji pekerja SFI daripada Mac 2018 sehingga Mac 2019, malah membayar gaji tertunggak oleh GTC sejak Januari 2018, sesuatu yang PPSB langsung tidak ada keperluan untuk melakukannya. 

Tanpa sebuah pemilik yang sah untuk menyelamatkan SFI, GTC, yang sekarang bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang diambil dalam syarikat itu, telah gagal membayar gaji para pekerja.

GTC nampaknya tidak berkemampuan mengendali SFI tanpa bantuan sebuah pemilik  SFI yang sah dan gagal menunaikan tanggunjawab sebagai administrasi (receivership responsibilities). Ia satu peluang untuk rakyat Sipitang dan pekerja SFI.

Bagaimana sebuah syarikat seperti GTC dan kerajaan Warisan boleh mematikan sebuah perjanjian yang mampu memanfaatkan masyarakat Sipitang? PPSB sudah pun membuktikan bahawa mereka mampu membayar gaji pekerja SFI dan menjanjikan pelaburan dalam infrastruktur tempatan dan perkembangan masyarakat pada masa hadapan.

Ya ramai tahu GTC mendapat arahan daripada kerajaan negeri Sabah untuk membunuh PPSB dan menjual pula kepada syarikat dari China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd yang terkenal dengan kes pencemaran alam sekitar di negara Asean seperti Vietnam.


PPSB gagalkan penjualan SFI kepada Syaikat China

Apa jadi selepas Pelangi Prestasi memfailkan saman terhadap kerajaan Sabah, penerima dan pengurus SFI Grant Thornton Consulting Sdn Bhd, syarikat pulpa dan kertas China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd dan SFI?

Hasil semakan kehakiman telah menggagalkan Kerajaan Warisan  untuk menjual Sabah Forest Industries (SFI) kepada pihak ketiga Lee & Man Paper Manufacturing Ltd secara tidak sah apabila sebuah transaksi pembelian sudah pun dipersetujui dengan Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) sebelum ini bersama GTC.

Hasrat kerajaan Warisan menyingkir PPSB daripada perjanjian SFI agar Kerajaan Warisan dalam memilih kroni ‘rakan China’ untuk mengambilalih urusan SFI. Jika dulu di zaman BN ia dianggap sebagai menjual negara namun di zaman PH dan Warisan ia dianggap sebagai pelaburan China.

Permohonan PPSB untuk semakan kehakiman telah dibenarkan oleh hakim YA Tuan Ismail Brahim dan tarikh semakan kehakiman itu telah ditetapkan bicara pada 23 Ogos 2019.

Peguam PPSB telah menekankan kepentingan untuk stay order, kerana terdapat bukti bahawa SFI/pengurusan penerima (Receiver Manager) berniat untuk menjual aset kepada pihak ketiga.

Dengan keputusan ini, rancangan kerajaan Warisan untuk menjual asset SFI kepada Lee & Man Paper Manufacturing Ltd berjaya dihentikan.

Sementara itu Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden SAPP berkata dasar Kerajaan Warisan baru ini bakal menakutkan pelabur ke Sabah.

“Kemelut undang-undang berkaitan SFI akan menakutkan pelabur. Bakal pelabur di Sabah akan melihat masalah itu dengan penuh kebimbangan kerana ia merupakan satu berita buruk kepada pelaburan,” katanya.

“Bagaimanakan bakal pelabur, seperti Ikea, akan berasa yakin bahawa pelaburan mereka di Sabah tidak akan mengalami nasib yang sama dengan pelabur SFI?

Akibatnya kerajaan Sabah terperangkap dalam satu kemelut undang-undang dengan pelabur, iaitu sebuah konglomerat Malaysia, melibatkan pengeluar produk kayu terbesar di negeri itu, SFI dan syaikat kertas China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd.

Jika dahulu Warisan mendakwa berjuang untuk pekerja SFI. Namun apa jadi kini? Merekalah dulu membawa hingga demo ke kilang.

 

Di mana agaknya Junz Wong dan para pemimpin Warisan ini kini?

Dengan kelewatan perbicaraan serta urusan berkaitan yang gagal diuruskan oleh GTC agaknya siapa paling rugi?

Jawapannya Rakyat dan lebih 1000 orang pekerja SFI yang tidak dibayar gaji ataupun dibayar separuh.Rakyat rugi yang kenyang kroni.

 

14 Comments