Kini 740 ekar tepi laut Sim Sim Sandakan bakal diluluskan kepada Christopher Chai Chi Fui
19:07 Jul 07, 2019  |  By SabahKini2
Kini 740 ekar tepi laut Sim Sim Sandakan bakal diluluskan kepada Christopher Chai Chi Fui

Selepas tular surat Jakariya Ab Jalil Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri, kini surat Francis Au Setiausaha Sulit KM pula tular bagi permohonan 740 ekar tepi laut SIm Sim membina pelabuhan..

Nampaknya pejabat Ketua Menteri Sabah terus berlumba-lumba memberi sokongan projek dan tanah kepada syarikat dan individu tertentu.

Selepas tular permohonan Basri bin Tahir dan Masnah Adam untuk tanah rizab anak negeri 100 ekar Kampung Muslim Muafakat Sulaman dan Kg Unggun di Sepanggar yang disokong oleh Jakariya Ab Jalil Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah kini surat sokongan Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Francis Au bekas Ketua Wira Kota Marudu pula berlegar dalam media sosial.

[ARTIKEL BERKAITAN - Lagi 100 ekar tanah Kg Muslim Muafakat, Kg Unggun Sepanggar bakal dilulus kepada ‘Orang kuat Warisan’? ]

Satu demi satu surat dari pejabat Ketua Menteri dibocorkan keluar yang akhirnya menjadi tular memberi kebimbangan kepada rakyat di luar terhadap beberapa pemimpin Warisan yang sedang usaha mendapatkan tanah rakyat menggunakan kedudukan pejabat Ketua Menteri Sabah.

Surat Christopher Chai Chi Fui 6 Jun 2019 adalah permohonan kelulusan tanah seluas 740 ekar di tepi laut Sim Sim Sandakan untuk membina Projek Pelabuhan Pusat Tarikan Pelancong dan Pemprosesan Makanan Laut untuk dieksport ke Antarabangsa.

Francis Au Setiausaha Sulit Ketua Menteri memanjangkan kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur tentang permohonan Christopher Chai Chi Fui seperti mana nota bidai Dato’ Seri Shafie Apdal untuk tindakan Pengarah itu. Tidak dipastikan apakan arahan nota bidai Shafie Apdal itu namun biasanya adalah ‘Sila ambil tindakan’

Sebagaimana surat Arsad Ghani Ketua Cawangan Warisan Kg Suluk Lama Kurol Melangi Likas yang mendapat sokongan minit sokongan Datuk Azis Jamman Ahli Parlimen Sepanggar tular apabila pemimpin Warisan tempatan mula menyalahgunakan surat berkenaan sehingga menceroboh tanah milik orang lain

Satu demi satu surat dari pejabat Ketua Menteri dibocorkan keluar yang akhirnya menjadi tular memberi kebimbangan kepada rakyat menggambarkan terdapat usaha mendapatkan tanah rakyat oleh pihak-pihak tertentu menggunakan pejabat Ketua Menteri Sabah

Berdasarkan surat yang tular ia disebarkan oleh pegawai Pejabat Tanah dan Ukur Sabah. Apakah Datuk Safar Untong atau para pegawainya sedang mensabotaj Ketua Menteri Dato' Seri Shafie Apdal dan para pegawainya?

 

 

 

8 Comments