Peter arah Timbalan Presiden KDM bersama kontraktor ketuai himpunan ‘Orang Papar’ sokong Empangan Papar
08:07 Jul 12, 2019  |  By SabahKini2
Peter arah Timbalan Presiden KDM bersama kontraktor ketuai himpunan ‘Orang Papar’ sokong Empangan Papar

Nampaknya selepas kes RISDA melibatkan Michael P Ubu Naib Presiden KDM dan peguam yang melarikan diri dari SPRM kini Datuk Juil Nautim Timbalan Presiden KDM diarah Datuk Peter untuk menyokong Projek Empangan Papar. Berapa mereka dapat?

SELEPAS ditentang hebat oleh NGO dan rakyat mengenai pembinaan empangan Datuk Peter Anthony dan Kerajaan Warisan menggerakkan pasukan NGO dan pemimpin tertentu untuk mempertahankan projek empangan yang kini bakal di bina di Menderingin Papar.

Terbaru satu himpunan yang kononnya dari rakyat Papar menyokong pembinaan Empangan itu diketuai oleh Datuk Juil Nautim Timbalan Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun (KDM) 2018-2020 orang kuat Datuk Peter Anthony termasuk dalam Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA)

 Datuk Juil Nautim orang kanan Datuk Peter Anthony


KANTOI- Datuk Juil Nautim Timbalan Presiden KDM. Peter kekal Presiden KDM

 

 

Datuk Juil Nautim membawa sekali pasukan kontraktor yang rapat bersama dengan Datuk Peter ke lokasi menyokong pembinaan empangan itu.

Datuk Peter Anthony, Menteri Pembangunan Infrastruktur itu sedang menggerakkan usaha menyusun NGO serta pihak berkepentingan untuk menyokong projek empangan. Namun mengggerakkan Timbalan Presiden KDM menyokong projek Empangan Papar adalah sesuatu yang tidak kena.

Mungkin ini selari dengan hasrat Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Shafie Apdal bertegas walau ditentang rakyat Sabah keputusan kerajaan muktamad untuk membina empangan itu. Jadi KDM digunakan untuk menentang rakyat Papar sendiri.

Sebelum ini Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pantau Penampang (PP) di Pengerusikan Jo Nandu (Pemimpin Warisan) tampil ke depan menyokong langkah kerajaan membina empangan Papar untuk memenuhi keperluan air dan elektrik negeri.

Bagaimanapun kenyataan Jo Nandu itu dibidas oleh aktivis masyarakat seperti Michael Frederick Presiden Agaras yang rata-rata mereka tidak mengenali siapa Jo Nandu bersetuju dengan pembinaan empangan di Papar.

 “Saya ingin bertanya, adakah dia (Jo Nandu) pernah pijak dan lawat ke kawasan tersebut?? adakah pernah jumpa dengan penduduk kampung, atau sekadar mahu untung besar.”

Turut bertegas ialah NGO lain seperti Persatuan Perlindungan Alam Sabah (SEPA), Pasukan Petugas Menentang Empangan Kaiduan (TAKAD) dan Tanah Dahai mengkritik keras cadangan kerajaan Warisan meneruskan pembinaan empangan yang dipindahkan dari Kaiduan, Bisuang dan Menderingin.

NGO TAKAD melalui laman sosial Facebook rasmi pada 26 Jun 2019 telah mengumumkan akan menentang projek empangan ini.

“Mereka bagai tidak peduli dan bertekad untuk hancurkan alam sekitar dan kehidupan warisan kami sebagai orang asal”.

“Kami tidak dapat menerima tindakan rahsia kerajaan ini yang tidak berbincang dengan kami sebagai orang kampung mengenai projek yang ada kesan langsung terhadap kami”.

“Kami juga menolak sekeras-kerasnya hujah tanpa kajian feasibilti yang telus mengenai krisis air dan kemarau yang tidak berasas dan bersifat politik semata-mata. Nyata. Kami menganggap projek ini adalah hanya untuk kepentingan wang seperti mana kes rasuah jabatan air 2018 yang membongkar persoalan kleptokrasi dan kepentingan korupt. Adakah projek ini benar benar untuk kepentingan rakyat?

[ARTIKEL BERKAITAN- Empangan Papar tetap dibina ,Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya

Peter guna undang-undang sekat NGO menentang Warisan

Borneo Post pada selasa melaporkan Datuk Peter seakan mengugut NGO di Negeri Sabah seperti Partners of Community Organisation (PACOS).

“NGO seperti PACOS harus mematuhi undang-undang dan peraturan negeri dan tidak boleh dibenarkan untuk menghasut rakyat.”

“sekiranya mereka mahu melakukan apa-apa, mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan.” katanya 

Sementara itu NGO Bersih 2.0 (Sabah) mengutuk keras kenyataan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah tersebut yang menyatakan mahu mengawal dan menghalang masyarakat awam bercakap untuk mempertahankan masyarakat tempatan yang terjejas oleh projek-projek Kerajaan Warisan.

“kenyataan seperti ini benar-benar memalukan dan tidak mencerminkan aspirasi rakyat.”

“Pertubuhan masyarakat sivil hanya menyuarakan suara komuniti mereka yang terjejas atau dipindahkan oleh projek-projek kerajaan seperti Empangan Papar.  Anthony mesti menghormati hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.” kata Bersih.

Pembinan Empangan Kaiduan (Papar) sebelum ini ditentang kuat oleh pemimpin Warisan seperti Datuk Peter Anthony, Darell Leiking, Terence Siambon dan lain-lain lagi. Malah mereka menghasut NGO seperti Gabungan menentang Empangan Kaidun (CAKD), Pertubuhan Rakan Komuniti (Pacos), Sabah Bersatu bagi Berkuasa Semula di Masa Depan (Green SURF) dan Jaringan Orang Asal Sabah (JOAS). Malah Sarawak Report portal suci PH pernah melaporkannya.

Olivier De Schutter, Pelapor Khas Hak bagi Makanan, United Nations turut melawat Kg Terian pada 14 Disember 2013 bertemu sendiri dengan penduduk yang terlibat. Beliau menyuarakan rasa kebimbangan orang asal tentang projek itu. Namun semua itu kini tinggal kenangan.

Usaha Datuk Peter mengarahkan Datuk Juil Nautim sebagai wakil 'orang papar' misalnya mendapat kecaman dari netizen sendiri. Bahawa mereka dilihat sebagai penngkhianat. 

 

 

 

Datuk Peter gemar mengarahkan pasukan KDM untuk membantunya jika ada kepentingan. Sebelum ini Naib Presiden KDM Michael P Ubu dan Datuk Peter terlibat dengan skandal  kes pembelian tanah ladang kelapa sawit berstatus tanah adat bernilai RM155 juta di daerah Tongod pada tahun 2014. Michael P Ubu pemilik firma guaman Michael Ubu & Co  diberi notis 48 jam untuk menyerah diri ke pejabat SPRM tahun 2018 namun telah menghilangkan diri hingga kini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal curi deposit wang RISDA RM15.5 juta memalukan KDM ]

Skandal curi deposit wang RISDA RM15.5 juta memalukan KDM

 

3 Comments