Selepas 'tak tahu' kini Menteri setuju ‘pondan’ anggota CCM Kementerian Kesihatan
10:07 Jul 12, 2019  |  By SabahKini2
Selepas 'tak tahu' kini Menteri setuju ‘pondan’ anggota CCM Kementerian Kesihatan

Sebelum ini Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata tidak tahu dan akan membawa isu ini dalam mesyuarat Pasca Kabinet kementerian. Namun kini beliau berkata tiada keperluan kaji kedudukan 'pondan' Rania Zara.

SUNGKAI : Tiada keperluan untuk Kementerian Kesihatan mengkaji semula pelantikan Rania Zara Medina sebagai anggota Jawatankuasa Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia bagi penggal 2019-2021, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Sebelum ini Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata tidak tahu dan akan membawa isu ini dalam mesyuarat Pasca Kabinet kementerian.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri tak tahu Timbalan lantik ‘pondan’ anggota CCM Kementerian Kesihatan ]

Malah Tun Dr Mahathir Perdana Menteri juga terkejut transgender dilantik anggota CCM Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun kali ini menteri berkata sebaliknya iaitu pelantikan dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan mengikut amalan kerajaan terdahulu.

“Yang pasti cara lantikan adalah daripada amalan sejak zaman berzaman daripada pentadbiran dahulu dan semuanya melalui proses yang sama jadi tidak perlu apa-apa kajian.

“Ini kerana pelantikan dibuat dengan mematuhi segala peraturan. Nama calon yang ingin dilantik boleh dicadangkan dan kita boleh mempertimbangkannya “katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Program Ikon Gigi Orang Asli (iGG-OA) Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini.

Pelantikan Rania Zara Medina yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Trans Woman 2017 sebagai ahli CCM mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan beberapa pihak yang menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye yang juga pengerusi CCM dilaporkan berkata, sebagai keperluan Global Fund anggota CCM terdiri daripada 25 orang yang mewakili pemegang taruh seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan wakil komuniti daripada populasi sasar.

CCM di negara ini ditubuhkan atas keputusan Jemaah Menteri pada 2009 untuk menangani penyakit HIV/AIDS melalui sumbangan daripada Global Fund.

Komen-komen netizen dalam media sosial mengecam Menteri KKM dan timbalannya yang kelihatan tidak senada menjawab isu ini.

“Paling mudah ialah kerajaan PH menyalahkan pemerintahan terdahulu.  Dalam Malaysia Baharu ini senang sama ada mereka tukar nama program kerajaan BN, menyalahkan BN atau akan berkata ‘dulu BN juga buat’. kata Amin seorang pengguna facebook.

“Dah setahun PH memerintah, sepatutnya kerajaan baharu kalau tak bagus buat apa nak ikut, buatlah cara kerajaan baharu bukan salahkan kerajaan terdahulu’. kata pemilik facebook lain.

1 Comment