Kemelut PH Perak : Dedah kes rasuah Exco Melayu, tutup kes rogol Exco Cina DAP
17:07 Jul 13, 2019  |  By SabahKini2
Kemelut PH Perak : Dedah kes rasuah Exco Melayu, tutup kes rogol Exco Cina DAP

Isu pemimpin PH Perak makin panas. Selepas Kes Rogol Exco DAP kini kes rasuah Exco PKR pula dilapor sendiri oleh AJK PKR.Mereka sedang perang sesama sendiri dan saling 'divert' isu sesama PH.

IPOH-  Menyedari kes rogol Exco Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan YB ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang kini menjadi kes antara dua negara Malaysia- Indonesia maka seorang ahli PKR membuat laporan polis berhubung dakwaan Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Encik Abdul Yunus Bin Jamhari

[ARTIKEL BERKAITAN- Exco Perumahan Perak Adun DAP rogol pembantu rumah Indonesia ]

Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean berkata, ia dilakukan bagi mendapatkan komisyen daripada dua buah syarikat pertanian.

Menurutnya, perkara itu berlaku selepas Abdul Yunus Bin Jamhari bersetuju untuk menyokong permohonan pemilikan tanah pertanian seluas lebih 36 hektar kepada dua buah syarikat iaitu Hup Hoong Aquaculture Sdn Bhd dan Kelana Semarak Sdn Bhd.

“Tujuan membocorkan kertas minit mesyuarat itu ialah untuk memulakan rundingan dan meminta komisyen bagi menyokong permohonan berkenaan tanah pertanian tersebut.

“Perbuatan ini melanggar Akta Rahsia dan ia merupakan tindakan jenayah,” katanya selepas ditemui pemberita setelah membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di sini hari ini.

Yong Kean yang juga Ahli Majlis Daerah Kerian berkata, perkara itu dikesan tahun lalu dan beliau sedia memberikan bukti dan saksi kepada pihak polis.

Menurutnya, sebagai ahli exco,  Abdul Yunus Bin Jamhari tidak seharusnya membocorkan rahsia kerajaan dan menggunakan kedudukan untuk meminta rasuah.

“Saya berharap pihak polis menyiasat secara adil tanpa melihat kedudukannya dalam kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby mengesahkan menerima laporan tersebut.

Bagaimanapun sepatutnya jika terdapat elemen meminta rasuah Beh Yong Kean perlu melaporkan kepada SPRM bukan kepada pihak polis. Pembocoran dokumen boleh dilakukan oleh pelbagai pihak.

 

Exco Perak nafi

Sementara itu pegawai Khas kepada Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan menafikan exco berkenaan membocorkan kertas minit mesyuarat exco kerajaan negeri.

Ahmad Adenan Said berkata, dakwaan tersebut merupakan fitnah dan bersifat andaian.

Menurutnya, beliau percaya dakwaan itu bertujuan untuk menjatuhkan Abdul Yunus ekoran masalah peribadi.

“Dakwaan itu mahu menjatuhkan Abdul Yunus kerana tidak meluluskan permohonanan tanah yang telah dibuat oleh pihak yang membuat dakwaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu berlaku selepas ahli exco berkenaan bersetuju untuk menyokong permohonan pemilikan tanah pertanian seluas lebih 36 hektar kepada dua buah syarikat berkenaan.

Ahmad Adenan percaya laporan polis yang oleh Yong Kean dibuat ada kaitan dengan masalah peribadi dengan Abdul Yunus.

Komen-komen netizen dalam facebook melihat ini satu usaha untuk mengalih isu panas kes rogol pemimpin DAP di Perak sekarang.

“Bolehkah isu kes rasuah ini mengalih tumpuan kes rogol Adun Tronoh terhadap pembantu warga Indonesia yang kini menjadi kes antarabangsa. Minta rasuah dari syarikat tetapi dedah dokumen kepada pihak luar. Tak masuk akal”. kata seorang pengguna facebook

 

 

3 Comments