Indonesia mahu Exco DAP perogol diseret ke muka pengadilan
01:07 Jul 15, 2019  |  By SabahKini2
Indonesia mahu Exco DAP perogol diseret ke muka pengadilan

"Kami harap tidak akan ada kekebalan (daripada tindakan undang-undang dalam kes ini).

Pesuruhjaya Komisi Nasional Anti Kekerasan Terhadap Perempuan (Komnas Perempuan) Indonesia, Thaufiek Zulbahary berkata ahli politikus yang dituduh kes rogol melibatkan seorang warga negara Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah kepada exco Perak Paul Yong perlu di bawa ke muka pengadilan. 

"Kami harap tidak akan ada kekebalan (daripada tindakan undang-undang dalam kes ini).

"Sesiapa pun yang melakukan kesalahan perlu ditangani dengan serius, di bawah undang-undang relevan, supaya dapat mencetuskan kesan pencegahan dan juga mendapatkan keadilan kepada mangsa," kata Thaufiek ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga berharap kerajaan Malaysia akan mengambil langkah untuk memastikan pekerja migran dari republik itu dilindungi dengan sewajarnya.

"Perlindungan ini termasuklah menyediakan wakil peguam, pengantaraan dan sokongan melalui kedutaan kami," katanya.

Menurut Thaufiek, Komnas Perempuan akan berhubung dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan maklumat terkini susulan tindakan mereka dalam perkara ini.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap kementerian itu akan menyediakan bantuan kepada mangsa yang sedang pulih daripada trauma akibat jenayah kekerasan seksual.

"Keprihatinan dan perhatian terhadap isu-isu yang dihadapi mangsa merupakan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan daripada proses undang-undang dan perlu dilaksanakan secepa yang mungkin," jelas Thaufiek lagi.

 

31 Comments