Bekas Pemain Bola Sepak Negara Terajui Syarikat Perumahan Guna Samseng Halau Penduduk Setinggan
23:12 Dec 04, 2017  |  By SabahKini2
Bekas Pemain Bola Sepak Negara Terajui Syarikat Perumahan Guna Samseng Halau Penduduk Setinggan

Penduduk mendakwa mereka telah dikasari dan diugut dengan parang oleh pihak berkepentingan yang mahu mengusir 38 keluarga keluar daripada tanah mereka

Pernah dilaporkan sebelum ini berkenaan nasib penduduk Kampung Chim Lee, Kepong yang menjadi mangsa kerakusan pihak syarikat perumahan yang tidak mahu berkompromi dengan penduduk tempatan bagi membangunkan projek perumahan dan komersial.

Penduduk mendakwa mereka telah dikasari dan diugut dengan parang oleh pihak berkepentingan yang mahu mengusir 38 keluarga keluar daripada tanah tersebut. Ada juga dakwaan daripada penduduk tempatan mengatakan kejadian kebakaran yang berlaku melibatkan beberapa buat rumah telah disyaklaku oleh pihak berkepentingan.


Lebih dari 3 laporan Polis telah dibuat dan penduduk tempatan meminta pihak Polis untuk menyiasat kejadian tersebut. Nama syarikat Liberty Triangle Sdn Bhd telah disebut oleh penduduk yang merupakan syarikat pemaju bagi membangunkan kawasan tersebut.



Menurut info sulit yang kami terima, Datuk Ramlan Askolani merupakan Pengarah Urusan Liberty Triangle Sdn Bhd, beliau adalah bekas pemain bola sepak negara dan kini beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Lembah Pantai. Info : http://ajrmalaysia.blogspot.my/2008/08/en-ramlan-haji-askolani.html

Info lain pula yang diterima mengatakan bahawa jurucakap kepada Liberty Triangle Sdn Bhd adalah Kalthum Binti Yahya yang berjawatan Pengarah di sini. Carian lain juga mendapati bahawa beliau merupakan individu penting di dalam syarikat Rasma Corporation Sdn Bhd.


Nantikan pendedahan selanjutnya.

Sumber rujukan :

1.      https://www.malaysiakini.com/news/374210
2.      https://forum.lowyat.net/topic/3828553/all

Comment