Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek RM13 bilion POIC Sabah?
02:08 Aug 01, 2019  |  By SabahKini2
Bagaimana Datuk Guna 'Kaki Pau' dengan syarikat bernilai RM3 dapat projek  RM13 bilion POIC Sabah?

Kerajaan Warisan berkata Pelaburan RM13B di POIC adalah terbesar di Sabah. Namun Syarikat Burel Industries Sdn Bhd Bhd hanya bernilai RM3. Pemilik sahamnya Ingrit Holdings Pte Ltd juga telah dikeluarkan daripada daftar syarikat Singapura 2017.

Pada Mac 2019, media melaporkan mengenai syarikat Burel Industries Sdn Bhd yang telah dianugerahkan sebuah projek bernilai RM13 bilion untuk membina loji petrokimia dengan kerjasama entiti milik negeri Sabah, POIC Sabah.

Bagaimanapun selepas disemak sebenarnya Burel Industries adalah sebuah syarikat yang tidak aktif yang berdaftar di Malaysia pada tahun 2009 dengan hanya menerbitkan TIGA saham yang bernilai RM3.

Saham-saham ini dimiliki sepenuhnya oleh Ingrit Holdings Pte Ltd, sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura yang diperbadankan pada 2010.

Dalam dokumen-dokumen syarikat, aktiviti utama Ingrit adalah aktiviti-aktiviti perkhidmatan yang berkaitan dengan pengekstrakan minyak dan gas bersama pelbagai syarikat induk lain sebagai aktiviti sekunder. Walau bagaimanapun, Ingrit telah dikeluarkan daripada daftar syarikat Singapura pada 1 Julai 2017!

Ini bererti sebuah syarikat yang tidak sah dan tidak wujud adalah pemegang saham rasmi Burel Industries telah memperoleh urus janji bernilai RM13 BILLION dengan sebuah entiti milik negeri Sabah iaitu POIC!!

Menyentuh tentang Burel Industries pula, tidak ada petunjuk jelas tentang apakah aktiviti-aktiviti sebenar syarikat tersebut kerana mereka hanya mempunyai laman web yang umum seolah-olah ia hanya sebuah syarikat ‘dummy’ sahaja.

Menurut dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terdapat dua orang pengarah warganegara Malaysia dalam lembaga pengarah Burel iaitu Mahalingam Rajaratnam dan Dato’ Khalid bin Hassan.

 

Datuk Guna Mahalingam dan Datuk Khalid

Mahalingam Rajaratnam menggunakan nama lain, iaitu Guna Mahalingam. Beliau adalah pengasas SSP Global (Energy) Solutions yang berpusat di Switzerland. Burel adalah rakan sekutu SSP dan baru-baru ini SSP telah membuat sebuah urus janji melalui Burel dengan konglomerat milik kerajaan China, China National Machinery Import and Export Corporation untuk membangunkan loji pengeluaran etilena dan polimer bersepadu di Gebeng, Pahang.

Guna berada di Switzerland dan kerap dilihat bersama delegasi kerajaan dan korporat Malaysia dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, membawa mereka menjamu selera di pelbagai restoran mahal.

Ini menunjukkan hubungan yang jelas antara orang-orang di belakang tadbir Burel dan syarikat-syarikat milik kerajaan China yang sememangnya membimbangkan. Memandangkan Burel adalah sebuah syarikat yang hanya bernilai RM3, mereka hanya menggunakan paltform Burel untuk melibatkan rakan-rakan niaga luaran untuk melaksanakan projek bernilai RM13 bilion di Sabah.

Ini adalah modus operandi yang terkenal yang digunakan oleh Korporat China untuk menyusup ke dalam pelbagai negara dengan menyokong secara kewangan “entiti-entiti pelindung” tempatan seperti Burel yang hanya mempunyai hubungan tempatan dan secara perlahan-lahan mengambil alih projek-projek tersebut dan menekankan dominasi mereka di negara ini.

Tanggungjawab untuk membuatnya berjalan lancar dalam kalangan pemimpin-pemimpin tempatan jatuh kepada seorang lagi Pengarah Burel dari Malaysia, iaitu Dato’ Khalid yang juga merupakan pengarah di Ingrit. Dia berurusan terutamanya dengan hubungan-hubungan berkaitan dengan ‘pembiayaan’ antara kerajaan negeri dan pihak berkepentingan lain serta mendapatkan kerjasama kerajaan dan kelulusan tanah untuk membina loji. 

Pada asasnya, kerajaan baharu WARISAN di Sabah telah meluluskan projek bernilai RM13 bilion yang akan dibangunkan oleh sebuah syarikat yang tidak aktif iaitu Burel Industries, dengan modal berbayar sebanyak RM3, yang dimiliki oleh Ingrit Holdings,  sebuah syarikat minyak dan gas yang telah dikeluarkan daripada daftar syarikat.

Perkara yang membuat keadaan ini menjadi lebih teruk adalah syarikat ini mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai syarikat milik kerajaan China seperti China National Machinery Import and Export Corporation (CMC) yang sudah lama memberi perhatian kepada Sabah untuk tujuan-tujuan geostrategik kerajaan China.

Menurut Guna Mahalingam sebuah syarikat Arab Saudi yang dipanggil Rawda Group telah menandatangani perjanjian pemegang saham untuk melaksanakan kepentingan 30% dalam projek petrokimia di Lahad Datu itu.

Manakala syarikat milik Guna Mahalingam sebuah firma khidmat nasihat dan perundingan kewangan Switzerland, Strategic Swiss Partners (SSP), bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk projek itu.

Mengikut laman web SSP, syarikat itu mempunyai beberapa rakyat Malaysia yang terkenal dalam senarai penasihatnya. Antara mereka ialah bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, pengasas Institut Strategi dan Kepimpinan Asia Tan Sri Michael Yeoh dan Pengerusi Kumpulan ACE Investment Banking Group Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Laman web SSP menyatakan SSP adalah syarikat penyedia perkhidmatan untuk projek-projek dalam pelbagai industri, termasuk tenaga, perbankan dan kewangan, perbankan dan kewangan Islam, hartanah, infrastruktur, perhotelan, penjagaan kesihatan dan kecerdasan buatan dan robotik.

Semasa majlis menandatangani perjanjian, Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Shafie Apdal berkata beliau melihat “kemunculan sebuah arah perindustrian” dengan pelaburan Burel dan bahawa “ini adalah sesuatu yang sedang diusahakan oleh kerajaan WARISAN di Sabah.”

Jika pelaburan tersebut berjaya, ia akan merupakan satu-satunya pelaburan terbesar di Sabah setakat ini.

Apakah motif syarikat RM3 ini dipilih? Apakah sebabnya kerana usaha Datuk Guna Mahalinggam sebagai Broker Projek dari menggunakan syarikatnya Strategic Swiss Partners (SSP) untuk pembawa pelaburan luar dari China atau Arab Saudi?

Pelaburan RM13bilion ini hanyalah semua projek mengejar komisen mungkin rasuah terbesar di Sabah.

 

sumber asal: Disesuaikan daripada Sabahkita

4 Comments