Siapa kata Shafie Apdal tak Rasuah? Banglo Mewah Hartamas Heights RM13 Juta miliknya
01:12 Dec 05, 2017  |  By SabahKini2
Siapa kata Shafie Apdal tak Rasuah? Banglo Mewah Hartamas Heights RM13 Juta miliknya

Semakan Sabahkini2 menunjukkan harga hartanah di Hartamas Heights Kuala Lumpur mencecah RM10 juta hingga RM16 juta atau kira-kira RM800 hingga ke RM1600 psf (satu kaki persegi).

21 Oktober lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang terletak di Taman Golf View dekat Penampang  berhubung siasatan kes penyelewengan dana KKLW RM 1.5 bilion.

Shafie Apdal direman 8 hari. Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony dan Azis Jamman Ketua Wira Warisan turut direman SPRM. Paling penting ditahan SPRM ialah dua adik beradik Shafie iaitu Datuk Yusof Apdal dan Hamid Apdal yang didapati mengawal 23 syarikat serta menerima dana rasuah untuk Shafie Apdal.

Rumah Banglo Taman Golf View Penampang Sabah. 

Ketika SPRM menyerbu rumah Shafie Apdal di Taman Golf View dekat Penampang  Sabah berbanggalah para penyokong Shafie Apdal kononnya rumah Shafie di Kota Kinabalu ini kelihatan marhaen. Mereka bertanya mengapa tuduh Shafie Apdal sebagai perasuah?

Menurut sumber Shafie Apdal memiliki beberapa rumah lagi iaitu;

  1. Banglo 3 tingkat di Hartamas Heights
  2. Rumah 2 tingkat di Subang Jaya
  3. Banglo Shafie Apdal di London

Sabahkini2 akan mendedahkan terlebih dahulu rumah Banglo mewah 3 tingkat Shafie Apdal di Hartamas Heights. N0.28A Jalan Changkat Hartamas 2, Hartamas Heights 50480 Kuala Lumpur.

Selepas ditangkap SPRM dan bakal dituduh di mahkamah kerana salah guna kuasa siapa kata Shafie Apdal pemimpin marhaen? 25 tahun dalam kabinet Persekutuan penyokongnya yang fanatik berkata rumahnya kecil, tiada harta mewah, hidup susah dan tidak merompak dana. Hakikatnya mereka tidak mengenali siapa Shafie Apdal.

Semakan Sabahkini2 menunjukkan harga hartanah di Hartamas Heights Kuala Lumpur mencecah harga RM10 juta hingga RM16 juta atau kira-kira RM800 hingga ke RM1600 psf (satu kaki persegi). Anda boleh membayangkan kekayaan Shafie Apdal sekarang!

Rumah No 28A, Jalan Changkat Hartamas 2 asalnya dibeli dari Lot tanah untuk banglo sekitar 11,000 kaki persegi. Harga lot tanah banglo di kawasan Hartamas Heights ialah RM444 satu kaki persegi hingga RM600 satu kaki persegi. Jika 11,000 psf mengambil kira harga RM444 psf untuk 11,000psf Shafie membelanjakan kira-kira RM4.8 juta untuk lot tanah banglo sahaja. Jika RM600 bermakna RM6.6 juta. Baru lot tanah! Kaya tak?

Shafie kemudiannya membina Rumah Banglo 3 tingkat di tanah yang dibelinya dengan keluasan 10,000psf. Jika 6 atau 7 bilik pun mengambil kira RM841 hingga RM1600 psf harga rumah Shafie Apdal sekarang sudah mencecah RM8.4 juta hingga RM16 juta. Katalah kita mengambil harga RM1300 psf X10,000 psf maka harga rumah Shafie Apdal sekarang RM 13 JUTA!. Ini belum mengambil kos interior design dan lain-lain. Kita lihat sama-sama rumah Shafie Apdal berharga RM13 juta ini. Jika RM844psf pun rumah Shafie Apdal masih bernilai RM8.4 juta. 

Agak-agak Interior Design rumah Shafie Apdal bagaimana? mesti mewah dan mahal bagi rumah Hartamas Heights kan?

Jadi Shafie Apdal tak kaya lagi? Dari mana Shafie memperolehi kekayaan ini? Kelayakan pinjaman perumahan selaku anggota pentadbiran (Kabinet) serta Ahli Parlimen Semporna pun tidak mencukupi untuk membeli lot tanah serta membina rumah banglo 3 tingkat N0.28 Jalan Changkat Hartamas 2 ini.

Ini  rumah terbaru Shafie Apdal di Kuala Lumpur belum lagi mengambil kira rumah Shafie Apdal di London. Editor Sabahkini2 akan mendedahkan rumah Shafie Apdal di London ini kemudian. Rakyat hanya perlu buka mata betapa kayanya Shafie Apdal ini. Apa yang disebut dalam ucapan sebagai integriti dan berjuang untuk rakyat miskin adalah lakonan semata-mata. Apa dia buat 25 tahun dalam kabinet Persekutuan? Hak Sabah? Dia jadi Menteri KKLW RM 7.5 bilion di Sabah semua dia sapu tanpa agihkan kepada kerajaan negeri. Apabila berlaku rasuah dengan peruntukan KKLW dia salahkan kerajaan negeri. Wal hal dia sebagai Menteri KKLW yang merancang, beri peruntukan, mempengaruhi tender, lantik kontraktor, menandatangani kontrak dan akhir sekali membuat bayaran.  

Jadi penegasan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad semalam mempertahankan siasatannya melibatkan Datuk Seri Shafie Apdal, dilakukan secara professional adalah tepat! Bukan sebab beliau keluar UMNO atau menyertai pembangkang serta faktor sekarang atau dulu. Tapi rasuah yang berasas untuk disiasat. Tan Sri Abu Kassim bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah sahabat rapat Shafie Apdal sebab itu kes Shafie seperti wang haram Zahida Rafik pun ditutup!. 

 “Kes ini berlaku dalam tempoh masa yang lama, kenapa sekarang ambil tindakan, kenapa tidak dulu? Masa tindakan diambil tidak timbul. Isunya adalah berlaku perlakukan rasuah atau tidak,” katanya.

Editor Sabahkini2.com akan mendedahkan satu persatu kekayaan Shafie Apdal serta semua penyelewengan beliau ketika melaksanakan projek KKLW. Semalam Sabahkini2 mendedahkan kekayaan Shafie dengan Zahida Rafik sehingga memberikannya rumah berharga RM4 juta di Lembah TTDI 3 Ampang serta beberapa kenderaaan mewah.

 

 

 

 

4 Comments