Azmin puji Felcra guna teknologi Dron tingkat kualiti, produktiviti tanaman
06:07 Jul 24, 2019  |  By SabahKini2
Azmin puji Felcra guna teknologi Dron tingkat kualiti, produktiviti tanaman

“Dengan menggunakan teknologi baharu warga petani tidak perlu lagi membanting tulang. Ini adalah pertanian masa hadapan. ‘Smart Farming Precision Agriculture”.

PASIR SALAK- Kerajaan berusaha memperluaskan inovasi dan penggunaan teknologi baharu bagi memperkasa serta meningkatkan produktiviti industri pertanian, yang seterusnya mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam lawatan kerjanya ke Perak turut meninjau pendekatan baharu proses pembajaan dan penuaian di FELCRA Seberang Perak seperti penggunaan teknologi Dron meningkatkan kualiti dan produktiviti tananam padi.

“Dengan menggunakan teknologi baharu warga petani tidak perlu lagi membanting tulang. Ini adalah pertanian masa hadapan. ‘Smart Farming Precision Agriculture”. katanya selepaskan meluangkan masa melawat Pusat Pusat Benih Padi FELCA Seberang Perak di sini, semalam.

Sementara itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyaksikan upacara penyerahan Pertukaran Memorandum Persefahaman  (MoU)  Syarikat MATA Aerotech dengan FELCRA yang disempurnakan oleh Mohd  Nazrul  Izam Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad  dan Wan Azrain Adnan, Ketua Eksekutif MATA Aerotech.

Hadir sama adalah Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Abdul Yunus Jamahri dan Pengerusi FELCRA Datuk Mohamad Nageeb Abdul Wahab.  

Memorandum Persefahaman ini berlandaskan kerjasama mengintegrasikan teknologi dalam  model  pertanian  pintar yang mampu  memperkukuh komitmen  FELCRA meningkatkan  pencapaian  organisasi  serta  menambah baik kualiti hidup warga FELCRA.  

MATA Aerotech ialah sebuah organisasi berteraskan teknologi dron dan robotik kerjasama syarikat Malaysia dan Taiwan iaitu  Nexus  Union, SWS Capital Berhad serta GEOSAT Aerospace & Technology Inc.   

Menurut Wan Azrain Adnan, Ketua Eksekutif MATA Aerotech, langkah  FELCRA ke arah  model pertanian  pintar  ini mampu  menarik  perhatian  lebih  ramai usahawan tani  untuk  mengorak langkah yang sama.

Selain analisa  data  yang cekap daripada teknologi  dron  mampu membantu  menambahbaik  prestasi  pengurusan  ladang, peningkatan hasil, pemetaan yang tepat, penyemburan baja bersasar, penjimatan kos serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.   

Pada  masa  yang  sama kita mampu menarik minat anak  muda  Malaysia  untuk melibatkan diri di dalam sektor pertanian mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.   

“Model  pertanian  pintar  bakal mengubah  landskap  sektor  pertanian  negara. The  future  is here!” ujar Wan Azrain.                      

1 Comment