Ringgit terus mengukuh RM4.059 berbanding dollar Amerika Syarikat
10:12 Dec 05, 2017  |  By SabahKini2
Ringgit terus mengukuh RM4.059 berbanding dollar Amerika Syarikat

Catatan tertinggi sebelum ini (4.158) direkod setengah bulan yang lepas iaitu pada 18 Nov sepertimana yang telah dilaporkan oleh Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus mengukuh kepada RM4.059 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, 4 Dis 2017. Sekaligus menjadikannya paras tertinggi yang berjaya dicapai oleh Ringgit dalam tempoh setahun.

Catatan tertinggi sebelum ini (4.158) direkodkan setengah bulan yang lepas iaitu pada 18 Nov sepertimana yang telah dilaporkan oleh Berita Harian.

Perkembangan positif kenaikan berterusan nilai Ringgit ini selari dengan pertumbuhan memberangsangkan KDNK negara untuk suku ke-3 tahun ini yang merekodkan peratusan tertinggi sejak suku kedua tahun 2014.

Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh tiga tahun pada suku ketiga tahun ini, dipacu oleh permintaan domestik dan peningkatan eksport yang kukuh.

KDNK Malaysia berkembang pada kadar 6.2% pada suku ketiga 2017, sekaligus mengatasi jangkaan umum penganalisis serta ahli ekonomi tempatan dan juga dunia.

Kadar terbaharu itu memberi gambaran awal bahawa ekonomi negara bakal mencatat prestasi yang cukup memberangsangkan untuk keseluruhan tahun ini.

Comment