“Wendy Loong” bukan Muhsin Latheef, Menteri Wilayah padam Tweet fitnah takut saman
05:07 Jul 29, 2019  |  By SabahKini2
“Wendy Loong” bukan Muhsin Latheef, Menteri Wilayah padam Tweet fitnah takut saman

Benarkah “Wendy Loong” adalah Muhsin Latheef? Khalid Kerana fitnah Khalid Samad Menteri Wilayah menarik balik tuduhan bahawa Muhsin Lateef adalah Wendy Loong.

Nama ‘Wendy Loong’ sebuah akaun palsu RBA begitu popular dan dilihat modus operandinya tidak pernah berubah sejak dahulu. Pendek kata jika dibaca kita dah tahu ia milik RBA.

Nama itu disebut-sebut berikutan hantaran biadap yang dilakukan oleh sebuah akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Wendy Loong’ di laman Facebook Kiub Batu Itu Berhala.

Hantaran tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai apabila mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, lebih 483 laporan polis telah dibuat terhadap ‘Wendy Loong’.

Nama ‘Wendy Loong’ kembali hangat diperkatakan apabila beberapa akaun Facebook dan Twiter menuduh seorang individu bernama ‘Muhsin Latheef’ telah membuka akaun ‘Wendy Loong’ dan membuat hantaran tersebut dengan tujuan untuk mencetuskan ketegangan.

Turut berkongsi maklumat tersebut adalah Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad di Twitter beliau.

“Kerja golongan nak jatuhkan PH. Menyamar sebagai Cina untuk mencetuskan ketegangan kaum/agama. Yang bodoh dalam UMNO dan Pas pasti terpengaruh.

“Ulama turut mengapi-apikan semangat perkauman atas nama ‘Islam’. Tak ada modal selain perkauman. Wendy Loong sebenarnya Muhsin Lateef,” tulis Khalid.

Khalid berkata, akaun bernama bukan Islam mungkin dimiliki oleh orang Islam dan digunakan untuk melagakan antara orang Islam dan bukan Islam.

 

Khalid bagaimanapun kemudiannya menarik balik tuduhan bahawa Muhsin Lateef adalah Wendy Loong.

“Oleh kerana soalan sama ada Muhsin Latheef adalah Wendy Loong atau sebaliknya satu perkara yang belum lagi pasti. Maka saya tarik balik post saya yang menyebut Muhsin Latheef sebagai Wendy Loong,” tulis Khalid.

Muhsin Lateef nafi pemilik akaun ‘Wendy Loong’

Sementara itu, Muhsin Lateef menafikan bahawa beliau adalah ‘Wendy Loong’. Dalam satu hantaran di Facebook Muhsin berkata, beliau telah membuat laporan polis terhadap tuduhan tersebut.

Malah beliau turut meminta peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menuduhnya sebagai Wendy Loong.

“Satu laporan polis akan dibuat ke atas no telefon 013-400 6071 kerana menyebarkan fitnah ke atas saya Muhsin Latheef dengan mengatakan saya adalah Wendy Loong yang menghina baginda Rasullulah.

 

“Saya akan meminta peguam saya Dr. Shamser Singh Thind untuk mengeluarkan satu saman terhadap individu ini dan beberapa individu lain termasuk pages-pages politik yang terlibat. Saya menafikan sekeras-kerasnya, bahawa saya bukan pelakunya!” kata Muhsin Latheef.-UM

 

Comment