Mahfuz Omar gembira Lim Guan Eng luluskan kedai judi Sport Toto di Pokok Sena?
14:07 Jul 29, 2019  |  By SabahKini2
Mahfuz Omar gembira Lim Guan Eng luluskan kedai judi Sport Toto di Pokok Sena?

Kedai judi Sports Toto beralamat di Taman Angsana Pokok Sena sudah tentu memberi manfaat ekonomi buat kawasan Mahfuz itu.

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah meluluskan kali pertama lesen ejen Sports Toto Malaysia kepada syarikat Stimulus Dollars Sdn Bhd atas nama Ooi Cyndy yang berpindah dari lokasi Alor Setar ke lokasi baru iaitu di Taman Angsana Pokok Sena Kedah.

Surat Kementerian Kewangan bertarikh 11 April 2019 di alamatkan kepada Pengurus Besar Sports Toto Malaysia Sdn Bhd itu tular dalam laman sosial hari ini.

Menurut sumber kelulusan ke lokasi baru ini disokong oleh YB Dato’ Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena. Ia sejajar dengan hasrat Ahli Parlimen merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia itu mahu merancakkan lagi ekonomi di kawasan Taman Angsana itu.

Semua ini adalah usaha Kerajaan PH memantapkan lagi gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dibawa oleh Kerajaan PH.

Dengan jumlah penduduk Melayu dan Islam yang majoriti di kawasan itu lokasi kedai judi Sport Toto itu dijangka memberi manfaat pembangunan ekonomi di kawasan berkenaan.

7 Comments