Azmin beri mesej tolak Anwar, sokong Tun Dr Mahathir PM hingga akhir penggal
08:07 Jul 30, 2019  |  By SabahKini2
Azmin beri mesej tolak Anwar, sokong Tun Dr Mahathir PM hingga akhir penggal

Mesej Azmin jelas Tun M kekal sebagai PM sehingga 5 tahun dan menolak Anwar PM 8 secara segera.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata Dr Mahathir Mohamad perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno kepada Mahathir.

“Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan dengan segera,” katanya.

Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan, Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.Tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

Sokongan Azmin Ali secara terbuka Tun M menghabiskan penggal selepas program Majlis makan malam Pakatan Harapan di Sarawak menyaksikan kehadiran Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yasin menggambarkan Azmin menolak Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8.

Dalam kenyataan semalam Azmin berkata dukungan bipartisan - kerajaan dan pembangkang - terhadap Mahathir merupakan lembaran baru dalam politik Malaysia.

Ia, katanya, menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, termasuk dalam pindaan perlembagaan bagi merendahkan had mengundi kepada 18 tahun baru-baru ini.

“Sokongan tersebut adalah bukti keyakinan terhadap kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir yang berhemah tinggi sesuai dengan peranannya sebagai negarawan ulung negara,” katanya.

Sementara itu Anwar Ibrahim dan kelompok pemimpin PKR giat menjatuhkan Azmin Ali melalui video seks semburit yang tular baru-baru ini. PDRM telah menangkap mereka yang terlibat termasuk Setiausaha Politik Anwar Ibrahim.

Datuk Hamid Bador Ketua Polis Negara pula mengesahkan bukan Azmin pelaku dalam video tersebut sebagaimana disahkan Cyber Security Malaysia.

Turut disebarkan oleh desas-desus Azmin akan menyertai Parti Gerakan.

1 Comment