Anwar dibayar hampir RM1 Juta Wan Azizah membayar RM 2 juta kepada FELDA
09:12 Dec 06, 2017  |  By SabahKini2
Anwar dibayar hampir RM1 Juta Wan Azizah membayar RM 2 juta kepada FELDA

Anwar menang RM 1 juta daripada Papa Gomo tetapi terpaksa membayar RM 2 juta kepada FELDA untuk isterinya Wan Azizah

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan  Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain membayar ganti rugi RM2 juta kepada kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel fitnah pada 2010.

Saman itu berhubung penerbitan dua artikel pada tahun 2010 yang bertajuk "Felda Bankrap" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu".

Hakim Datuk Su Geok Yiam ketika membuat perintah berkenaan berkata, jumlah awal sebanyak RM70,000 yang ditetapkan oleh penolong pendaftar kanan sebelum ini adalah terlalu rendah.

Hakim turut memerintahkan Wan Azizah dan defendan lain membayar kos RM25,000 kepada plaintif.

Sementara itu penulis blog politik tempatan, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berjaya menjelaskan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhamad Azri (35) dilaporkan telah menjelaskan keseluruhan ganti rugi berjumlah RM951,260.27 kepada tokoh pembangkang veteran terkenal berkenaan sekali gus terselamat daripada dirinya diisytiharkan sebagai muflis.

Peguam Irna Shahana Samsudin yang mewakili Wan Muhammad Azri malahan mengesahkan pembayaran yang dibuat oleh anak guamnya itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Husna Dzulkifli.

Defendan yang turut hadir memberitahu pemberita bahawa beliau melunaskan sebanyak RM1,260.30 dalam bentuk tunai (iaitu wang kertas RM1 dan duit syiling 30 sen) manakala bakinya RM950,000 dalam bentuk bank deraf.

Muhamad Azri mendakwa dalam facebooknya peguam Anwar Ibrahim malu menerima wang kertas RM1 dan duit syiling 30 sen dan tidak mahu mengiranya.

Anwar, 70, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa blogger itu menyiarkan artikel dan paparan rakaman video seks sejenis secara berturut-turut dari 16 Mac hingga 20 Mac 2013.

Pada 10 Februari 2015 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Persekutuan mendapati  Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun sebagaimana Kes Saman Anwar Ibrahim kepada Khairy Jamaluddin berhubung saman fitnah meliwat Wan Muhammad Azri juga menerima nasib sama apabila  Seksyen 43 dan Seksyen 55 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa sabitan kes jenayah tidak boleh digunakan dalam tuntutan kes saman sivil untuk membuktikan reputasi.

Kes liwat Anwar Ibrahim di mahkamah tidak boleh digunakan dalam tuntutan kes saman sivil.

Anwar Ibrahim kekal bersalah sebagai ‘peliwat’ di Mahkamah Persekutuan namun dalam kes saman sivil defendan perlu membuktikan Anwar meliwat dan homoseksual tanpa boleh menggunakan kes jenayah liwatnya sebagai rujukan kes.

Komen netizen dalam facebook memetik Anwar menang RM 1 juta terpaksa membayar RM 2 juta kepada FELDA untuk isterinya Wan Azizah. Ingatkan bulan jatuh ke riba tetapi masalah datang bertimpa. 

Comment