Isteri Ketua Armada Kota Bharu mengaku aksi 'tetek' ‘bottle cap challenge’ strategi pemasaran
22:07 Jul 31, 2019  |  By SabahKini2
Isteri Ketua Armada Kota Bharu mengaku aksi 'tetek' ‘bottle cap challenge’ strategi pemasaran

Azira Maria Aziz Srikandi yang juga isteri Dato’ Saizo Abdul Ghani Ketua Armada Bahagian KB tidak menyangka video tular dan dikecam. Beliau minta maaf namun mengaku ia strategi pemasaran

KOTA BHARU- Pengasas produk kecantikan, Azira Maria Aziz yang juga isteri kepada Ketua Armada Bersatu Kota Bharu Dato’ Saizo Abdul Ghani menafikan beliau mempunyai jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Bahagian Negeri Kelantan.

Beliau membuat penafian itu selepas video aksi payudara  membuka penutup botol ‘bottle cap challenge’ tular dalam media sosial

“Sebelum itu saya perjelaskan, saya bukan Ketua Srikandi saya cuma ahli biasa sahaja. Saya sudah pun diberitahu oleh orang atasan sebelum ini tentang tularnya video saya di media sosial.

“Saya tidak pernah pegang jawatan tertinggi di bahagian dan hanya ahli biasa Bersatu di peringkat awal lagi,” katanya ketika dilaporkan Utusan Online.

Aksi Azira Maria berkelakuan sedemikian mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk pimpinan atasan partinya.

Semakan portal Sabahkini2.com sehingga hari ini video Cikra ‘Boobs bottle cap challenge’ sudah dilihat lebih 30 ribu kali dan dijangka terus meningkat.

 Strategi pemasaran secara kebetulan. Produk jamu laris dan suami Ketua Armada bakal terkenal

Sementara itu Sinar Harian melaporkan Azira Maria Aziz  isteri Ketua Armada Bersatu Kota Bharu itu memohon maaf video 'Bottle Cap Challenge' yang dimuat naik ke laman sosial dua hari lalu menyinggung sensitiviti rakyat negara ini.

Azira Maria Aziz tidak menyangka video tersebut akan tular dan menjadi kecaman warganet kerana berpendapat video tersebut adalah untuk tujuan peribadi bukan mempromosikan produk perniagaannya seperti yang didakwa.

"Video itu dibuat untuk suka-suka sahaja ketika saya berada di pusat mencuci kereta dua hari lalu, tak ada niat untuk menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.

"Nak kata untuk strategi pemasaran pun mungkin kebetulan juga sebab bila dah tular begini, mungkin orang akan kenal produk saya.

"Mungkin kaedahnya saya khilaf sedikit. Jadi saya mohon maaf dan doakan yang baik-baik sahaja sebab setiap orang tak lari dari kesilapan," katanya membuat pengakuan dalam Sinar Harian semalam.

Azira atau dikenali sebagai Cikra berkata, dia sudah memadamkan video itu dari laman sosial peribadinya (Instagram) semalam namun semakan menunjukkan perkongsian video itu masih ada dalam laman facebooknya.

Malah hantaran facebook terbaru beliau berbangga dengan tularnya video 'tetek' itu dengan menulis "Wayang dia kuat untuk produk".

Ini bermakna dakwaan mempromosikan produk perniagaannya jamunya adalah benar dan mungkin telah dibenarkan oleh suaminya Dato’ Saizo Abdul Ghani yang  juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Bahagian Kota Bharu.

Untuk rekod Ketua Bahagian BERSATU Kota Bharu ialah Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang juga Naib Presiden BERSATU.

Setakat hingga kini tiada komen daripada Tan Sri Abdul Rashid berhubung tingkah laku Azira Maria Aziz, Srikandi Bersatu Kota Bharu yang juga isteri Dato’ Saizo Abdul Ghani Ketua Armada itu.

Dato' Saizo Ketua Armada KB dan Tan Sri Rashid KB Kota Bharu

 

6 Comments