Dr Saleh ‘Dalang’ pemecatan Pengerusi LPU UPM dimasukkan Hospital Pakar An-Nur
15:08 Aug 03, 2019  |  By SabahKini2
Dr Saleh ‘Dalang’ pemecatan Pengerusi LPU UPM dimasukkan Hospital Pakar An-Nur

Apakah kerana Dr Mohd Saleh tertekan selepas meletupnya isu pemendekan kontrak adik Raja Perlis oleh Menteri Pendidikan hari ini?

BANGI: Tular gambar Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi  (Akademik Dan Pembangunan) dalam aplikasi whatsapp dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar An-Nur di sini, sejak petang ini selepas mengadu pening, penat dan tidak cukup rehat.

Semoga cepat sembuh Dr Saleh

Bekas CEO UPM Holdings Sdn. Bhd yang kontroversi itu hari ini berhadapan dengan isu tular mengenai pemecatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail tidak sampai setahun perkhidmatannya.

Syed Razlan mempersoalkan Dr Maszlee selepas melantiknya dan kini memendekkan tempoh perkhidmatannya dikeluarkan tanpa beliau dimaklumkan mengenainya terlebih dahulu dan tiada sebarang perbincangan dengan Dr Maszlee.

“Walaupun kuasa untuk pendekkan kontrak pengerusi lembaga pengarah universiti adalah kuasa menteri, adalah lebih elok dan berhemah jika satu pertemuan diadakan sebelum sebarang keputusan dibuat.  

Portal Sabahkini2 mendedahkan dalang disebalik pemecatan YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail ialah Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar yang melobi jawatan Naib Canselor UPM dan menghalang siasatan rasuah UPM Holdings Sdn Bhd .

[ARTIKEL BERKAITAN-Terdesak jawatan NC UPM, tutup kes rasuah, Dr Saleh TKP dalang Pengerusi LPU UPM dipecat Menteri ]

 Terdesak jawatan NC UPM, tutup kes rasuah, Dr Saleh TKP dalang Pengerusi LPU UPM dipecat Menteri

11 Comments