Cukuplah! Jawatan ini bukan ‘mak bapak kita punya’ UMNO punya- Firdaus
21:12 Dec 06, 2017  |  By SabahKini2
Cukuplah! Jawatan ini bukan ‘mak bapak kita punya’ UMNO punya- Firdaus

"Cukup. Sudah. Kami cabar mana-mana wakil rakyat yang lebih dari tiga penggal tetapi bukan memegang jawatan penting, undurlah. Beri ruang kepada yang muda,"

PAU 2017 : Pemuda Umno Sabah mencabar anggota parlimen yang sudah memegang jawatan lama untuk melepaskan jawatan dan beri ruang kepada golongan muda.

Perwakilan Pemuda Umno Sabah (Ketua Pemuda Batu Sapi)  Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, cabaran itu ditujukan kepada anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (ADUN) yang sudah berkhidmat untuk lebih tiga penggal.

"Cukup. Sudah. Kami cabar mana-mana wakil rakyat yang lebih dari tiga penggal tetapi bukan memegang jawatan penting, undurlah. Beri ruang kepada yang muda," katanya ketika membahaskan ucapan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

 “Jawatan-jawatan ini bukan mak bapak kita punya, ni Umno punya,” katanya pada perhimpunan pemuda Umno di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tidak tahu Pemuda dari negeri lain, kalau kamu takut, kamu ketinggalan. Kalau kamu takut, sampai bila pun kamu akan ambil pemimpin di airport (lapangan terbang).

Khairul berkata Pemuda Umno Sabah mempunyai ramai calon berkelayakan yang boleh bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya, beliau sebagai Pemuda bersama rakan seperjuangan sentiasa ingin menyumbang untuk membangunkan dan merencana halatuju negara.

"Bila kami ingin menyertai sistem untuk bantu menggubal polisi, mereka kata, belum masa lagi. Sampai bila kami mahu tunggu?" tanya Khairul Firdaus.

 

1 Comment