[VIDEO] Kerana rasuah Exco, syarikat, rakyat terus jadi mangsa pencemaran arang batu di Tanjung Bruas dan PD!
10:08 Aug 04, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Kerana rasuah Exco, syarikat, rakyat terus jadi mangsa pencemaran arang batu di Tanjung Bruas dan PD!

Arang batu cemar perairan pantai namun tidak pernah selesai

Rakaman video nelayan membuktikan pembuangan arang batu ke laut sudah lama berlaku. Banyak aduan namun tidak pernah selesai. Kenapa? semuanya kerana rasuah Exco dan syarikat

3 Ogos lalu sekumpulan nelayan di Kampung Tanjung Kling mendakwa berlaku pencemaran sisa arang batu dipercayai dibuang dari sebuah kapal di sini, sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, kapal membawa arang batu itu berlabuh di perairan berhampiran Pangkalan Nelayan Kampung Tanjung Kling, sebelum menurunkan muatan di Pelabuhan Tanjung Beruas untuk dibawa ke Jeti Port Dickson Negeri Sembilan.

Perkara itu didakwa sudah lama berlaku tetapi nelayan tidak mempunyai bukti kukuh sehingga terserempak dengan kapal muatan bahan api berkenaan dan bertindak merakamnya. Video rakaman itu tular dan dimainkan oleh media massa.

Sejak tahun lalu portal Sabahkini2 telah melaporkan pencemaran arang batu dilakukan di dua jeti negeri iaitu Jeti Port Dickson dan juga Tanjung Bruas Melaka. Ia lahir dari apa yang dikatakan sebagai Pelaburan dan juga kesan rasuah dari urusniaga itu.

‘Terhantuk baru tengadah’ apabila tular dari rakyat maka barulah kerajaan negeri sibuk mahu menyelesaikan masalah sedangkan ia sudah lama dilaporkan berlaku.

Pelaburan Tanjung Bruas Melaka

Di Melaka masih ingat ke dengan kes penghujung Ogos 2018 apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri mengesahkan menyiasat kes rasuah Exco Melaka Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri Mohd. Rafiq Naizamohideen iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berhubung dakwaan rasuah RM2.6 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN - Exco Melaka dari rasuah RM2.6 juta kepada Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas ]

Exco Melaka dari rasuah RM2.6 juta kepada Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas

Mohd. Rafiq  didakwa menyalahgunakan kuasa dengan meminta sejumlah bayaran daripada syarikat pembangunan berkaitan kerajaan negeri. Mana-mana pelabur di Melaka di ‘pau’ oleh Rafiq ini.

Mohd. Rafiq Naizamohideen menafikan menerima rasuah namun sehingga hari ini kes itu kes rasuah itu senyap dan ADUAN rakyat Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas diabaikan sehingga muncul semula dengan bukti rakaman berlakunya pencemaran itu. 

Ketua Menteri Melaka YAB Adly Zahari, Mohd. Rafiq Naizamohideen dan Tek Kok Kiew Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar terus senyum manakala Exco Pertanian Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani negeri Norhizam Hassan Baktee pula tiba-tiba menjadi hero rakyat. Wal hal diantara sesama Exco mereka saling tembak menembak antara satu sama lain. Kalau Exco Pertanian Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani negeri mahu menyelesaikan isu ini sejak sekian lama beliau perlu melaporkan kepada SPRM puncanya iaitu rasuah yang mengaut untung dari urusniaga arang batu itu.

Rakyat sudah lama menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan anak, kesihatan orang tua, masalah kepada pesakit semput, rumah dan kedai berdekatan berhabuk, setiap hari perlu bersih lantai yang hitam, pencemaran alam sekitar serta menyusahkan nelayan mencari rezeki disebabkan pihak yang rakus dan hanya mementingkan diri.

 

Tengok video ini aduan dah bertahun. Apa Kerajaan Negeri buat? Mereka menambah pencemaran 

 Dah berapa banyak laporan media.

Dan baru kini Exco Pertanian Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani  buat serbuan ke kapal.
Mana Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar serta Exco Pelaburan Mohd. Rafiq Naizamohideen yang punca buat tahi?

Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka telah diswastakan kepada syarikat KMB Seaport Sdn. Bhd. dan diberi konsesi selama 30 tahun oleh Kerajaan Persekutuan. Kumpulan Melaka Berhad mempunyai kepentingan ekuiti sebanyak 30% dan Seaport Management Services Sdn. Bhd. 70% di dalam penswastaan Pelabuhan Tanjung Bruas Melaka. Sebagai rakan usahasama yang strategik Seaport Terminal melalui syarikat induknya MMC Corporation Berhad mempunyai rangkaian sebanyak 5 pelabuhan yang terdapat di Malaysia

Pelabuhan ini di percayai telah tercemar dan pernah dilaporkan oleh Sinar Harian sejak Mei 2017 dimana pengangkutan arang di pelabuhan menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar dan menyusahkan para nelayan untuk mencari rezeki. Namun sejak dari September 2018 sehingga  Ogos 2019 tahap pencemaran paling teruk dan membimbangkan.

15 Julai lalu Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan dalam dalam sidang Dun Pelabuhan Tanjung Bruas akan dibangunkan secara komersial seperti dalam perjanjian konsesi membabitkan nilai pelaburan tidak kurang RM160 juta. Agaknya berapa peratus komisen yang Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen ini ambil? Semua kenal siapa Rafiq Naizamohideen. Tiada yang percuma bekerja dengannya.

Kamu rasa siapa untung? Rakyat? Atau Exco?

Itu nasib baik tertangkapnya kapal milik Multicargo Group iaitu bot tunda MCL EXPRESS II dan ‘barge’ MCL PERTIWI bahan buangan jenis petroleum coke (petcoke).

Bagaimana dengan syarikat lain seperti Liannex Corporation (S) Pte Ltd (Yinson Holdings Berhad) yang juga dikatakan melakukan perbuatan sama di PelabuhanTanjung Bruas dan Port Dickson?

Pencemaran Arang Batu di Pelabuhan Port Dickson

Mengapa Port Dickson? kerana hampir semua bot tunda seperti Sinaran Bulan milik Liannex Corporation (S) Pte Ltd (Yinson Holdings Berhad) juga melalui Port Bruas ke Port Port Dickson. Sudah berapa banyak laporan pencemaran arang batu dibuat di kawasan Port Dickson malah kes rasuah yang membelenggu melibatkan syarikat pengendali pelabuhan Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd, Kilang Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA- UEM) dan pembekal arang batu Liannex Corporation.

Begitu banyak aduan laporan pencemaran dan rasuah kepada SPRM. Apa berlaku? 

Video Pencemaran di PD- Semua in akibat Liannex Corporation

Sekalipun Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun pernah mengarahkan siasatan dijalankan terhadap aktiviti pemunggahan dan penyimpanan arang batu di jeti Port Dickson yang didakwa menyebabkan pencemaran air di pantai peranginan itu Syarikat pencemar kekal berkuasa, syarikat tetap untung berjuta

[ARTIKEL BERKAITAN- SILA BACA]

Tak kisah arang batu cemari Port Dickson asalkan negeri untung- MB Negeri Sembilan ]

Lagi Rasuah Anak Syarikat UEM CIMA Dilapor SPRM Selepas tangkapan UEM Sunrise ]

(VIDEO) Demi Rakyat : Anwar bakal arah tutup Jeti 'Skandal Rasuah' Port Dickson? ]

Skandal UEM-CIMA: Rasuah Cik Vindie Eu kekalkan Liannex Corporation pembekal arang batu ]

Sekalipun terbukti Arang batu mencemar syarikat tidak pernah serik. Mana SPRM agaknya?

Skandal UEM-CIMA: Rasuah Cik Vindie Eu kekalkan Liannex Corporation pembekal arang batu

Dalang-dalang pencemar kawasan Pelabuhan Port Dickson kerana arang batu- Liannex

 

 

 

3 Comments