Bayaran RM35 juta: Datuk Isham KSU MOTAC ditahan SPRM bakal direman?
11:08 Aug 06, 2019  |  By SabahKini2
Bayaran RM35 juta: Datuk Isham KSU MOTAC ditahan  SPRM bakal direman?

Gara-gara meluluskan bayaran kepada Syarikat GEEKO yang sebelum ini CEOnya bersama Pengerusi Tourism ditahan SPRM kini KSU pula dipanggil SPRM hari ini.

PUTRAJAYA- Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Isham Ishak dipanggil hadir ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan salah guna kuasa membabitkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta.

Menurut sumber, KSU itu tiba di Ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 2.00 petang tadi.

“Beliau diminta memberi keterangan kepada SPRM berkenaan dengan satu kes bayaran RM35 juta kepada syarikat yang disiasat SPRM sebelum ini” kata sumber itu.

Notis SPRM kepada Datuk Isham Ishak bertarikh 5 Ogos 2019 oleh Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Setakat ini Ketua Setiausaha itu masih ditahan di SPRM dan jika berpanjangan esok beliau akan direman.

Portal Sabahkini2 hari ini mendedahkan tentang Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Isham Ishak yang telah meluluskan tuntutan bayaran kepada syarikat Geeko Tech Sdn Bhd RM 35 juta yang terlibat siasatan SPRM Januari lalu.

SPRM sebelum ini mengarahkan tiada pembayaran boleh dilakukan kepada syarikat GEEKO namun Datuk Isham Ishak meluluskannya.

[BACA ARTIKEL BERKAITAN- KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta!]

 KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta!

11 Comments