Datuk KY Mustafa letak jawatan Pengerusi LPU UMS tidak puas hati 'wayang' Ketua Pengarah KPM
00:08 Aug 07, 2019  |  By SabahKini2
Datuk KY Mustafa letak jawatan Pengerusi LPU UMS tidak puas hati 'wayang' Ketua Pengarah KPM

Nampaknya bermula dari Menteri KPM, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi di UMS sebagai ahli LPU, Timbalan KP PT di UPM semua jadi hero kucar-kacirkan universiti.

Seminggu selepas Datuk KY Mustafa Pengerusi Lembaga Pengarah UMS memuji-muji pelantikan Prof Dr. Taufik Yap sebagai Naib Canselor UMS yang baharu kini UMS dikejutkan lagi dengan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS.

Menurut sumber tindakan Datuk KY Mustafa dilakukan kerana pelantikan NC baru UMS yang membelakangkan pandangan kerajaan negeri yang diketuai oleh Datuk Shafie Afdal selaku Pro Canselor UMS dan juga TYT Sabah selaku Canselor UMS.

Datuk KY Mustafa dikritik apabila beliau gagal memastikan pelantikan NC UMS yang baharu mendapat pandangan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Lebih mendukacitakan apabila Datin Paduka Hamisah Tapsir yang juga Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia terlibat sebagai jawatankuasa memilih Naib Canselor sebagai Ahli Lembaga Pengarah UMS

“Tindakan Datin Paduka Hamisah Tapsir sebagai ahli Lembaga Pengarah (LPU) UMS jelas membelakangkan ahli senat dan LPU UMS dalam menentukan pelantikan NC UMS”.  kata sumber itu

Tindakan Datuk KY Mustafa meletak jawatan merupakan satu mesej tindakan dan prinsip beliau melahirkan rasa tidak puas hati dan protes terhadap Datin Paduka Hamisah Tapsir dalam menentukan hala tuju pentadbiran UMS.

Belum reda isu protes pemendekan kontrak Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Pengerusi LPU UPM oleh Dr Maszlee Malik Menteri Pendidikan Tinggi kini UMS pula sekali lagi bergolak.

“Ini akan membuka peluang kepada Dr Maszlee dan  KPM untuk meneruskan agenda penguasaan pihak tertentu dalam aspek pentadbiran Universiti seperti yang berlaku di UPM, UKM dan IPTA yang lain,” dakwanya.

Apakah Dr Maszlee dan KPM sekali lagi melakukan kesilapan dan menentukan pengganti Datuk KY Mustafa Pengerusi UMS yang baru tanpa merujuk Ketua Menteri yang juga Pro Canselori UMS?

“Pandangan kerajaan negeri Sabah harus diambilkira dalam menentukan pelantikan Pengerusi UMS yang baru,” kata sumber itu

Di UPM Dato' Dr Ir Saleh Jaafar Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi mejadi dalang kepada pemecatan Pengerusi LPU UPM dan menghalang siasatan terhadap diriya bekas CEO UPM Holdings yang disiasat SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN 

Terbukti Naib Canselor UPM, Dr Saleh dalang pemecatan Pengerusi LPU tutup kes rasuah UPM Holdings ]

Pelantikan Presiden MACMA 'orang kuat' IKRAM sebagai Naib Canselor UMS ditentang Warisan? ]

Isu NC UMS: BERSATU Sabah sokong Menteri Pendidikan, UPKO sokong Shafie Ketua Menteri ]

 Isu NC UMS: BERSATU Sabah sokong Menteri Pendidikan, UPKO sokong Shafie Ketua Menteri

 

Comment