Selepas setahun kes skodeng bawah skirt, Azis kata akan didakwa tunggu Peguam Negara
06:08 Aug 07, 2019  |  By SabahKini2
Selepas setahun kes skodeng bawah skirt, Azis kata akan didakwa tunggu Peguam Negara

Sejak dari awal tahun nada yang sama itu Mohd Farish Hussin Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN akan didakwa. Kini sudah genap setahun kes masih belum didakwa. Mengapa?

SELEPAS setahun, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman hari ini mengesahkan bahawa bekas pegawai khasnya yang didakwa mengambil gambar bawah skirt dengan telefon bimbitnya aka didakwa dalam tempoh terdekat.

Beliau dimaklumkan bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara (AG) untuk tindakan selanjutnya.

"Saya diberitahu dia akan didakwa. Jadi kita akan tunggu.  Itu terpulang kepada Peguam Negara, "katanya selepas majlis menghantar jemaah haji ke Mekah di KLIA di sini hari ini.

Mohd Farish Hussain Pegawai Khas Timbalan Menteri Dalam Negeri, berusia 48 tahun itu pada 8 September tahun lalu merakam video perbuatan keji berdurasi selama 1 minit 46 saat yang akhirnya tular di Facebook dan media sosial.

Awal mac tahun ini Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika itu berkata pendakwaan akan dilakukan segera.

"Pendakwaan akan dilakukan dalam masa terdekat selepas kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur

[ARTIKEL BERKAITAN-

Bila kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri 'Skodeng' bawah skirt mahu didakwa? ]

Bila kes Farish Pegawai Khas Timbalan Menteri 'Skodeng' bawah skirt mahu didakwa?

(VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam wanita cina ]

 

Video Skodeng yang popular

Netizen dalam komen-komen di laman facebook berkata sudah setahun berlalu namun pendakwaan kes ini masih belum berlaku.

“Jika benar kerajaan ikhlas dan Timbalan Menteri itu mahu pesalah didakwa ia sepatutnya dilakukan segera sekarang sebelum masuk ke tahun depan” kata Amran seorang pengguna facebook.

Malah didapati Farish pegawai khasnya seperti tidak dipecat kerana pegawai itu jelas kelihatan di mana-mana Timbalan Menteri itu melawat kawasan atau bertugas di Kuala Lumpur.

[ARTIKEL BERKAITAN- Benarkah Pegawai Kaki Rasuah dan 'Skodeng' dipecat Timbalan Menteri? ]

 

9 Comments