'Geng Kartel' monopoli geran MDEC, syarikat mengadu mohon campur tangan Menteri KKM
09:08 Aug 11, 2019  |  By SabahKini2
'Geng Kartel' monopoli geran MDEC, syarikat mengadu mohon campur tangan Menteri KKM

Selepas FINAS lesap kini dana MDEC! Beberapa syarikat dan individu mengadu Pegawai MDEC atau Panel Penilai dalam ‘Geng Kartel’ tentukan syarikat yang mendapat Dana Kandungan Digital MDEC - MAC3 Fund. Yang penting kroni!

Tahun lalu negara kecoh bagaimana ‘Geng kartel’ FINAS telah menghancurkan FINAS. Pemberian dana kreatif tidak dijalankan secara telus mengikut sistem yang adil. Yang untung hanyalah kroni.

Media ketika itu mendedahkan ketirisan dana FINAS berjumlah RM16 juta sejak 2013 hingga 2015 malah Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kehilangan wang mungkin lebih dari itu.

Dana penerbitan berkenaan diberikan kepada beberapa syarikat produksi untuk menerbitkan filem dan animasi, namun hingga kini karya berkenaan gagal disiapkan.

Di Zaman Dato' Kamil Ohman sebagai KP Finas ahli lembaga pengarah FINAS seperti CL Hor bleh mendapat geran FINAS sehingga 13 juta untuk 5 filem. Skandal-skandal demikian boleh dibaca dalam blog-blog sebelum ini. Bagaimana seorang Ahli Lembaga Pengarah Finas boleh mendapat dana dari Finas jika bukan kerana kepentingan.

Setelah lama menanti dengan segala macam pembongkaran di FINAS, akhirnya Jun tahun lalu Menteri KKM Gobind Singh Deo telah merombak Finas untuk memulihkan semula Finas.

“Saya lihat wujud banyak masalah dalam cara dana ini disalurkan dan ada keperluannya kita mengkaji semula seluruh proses saluran dana ini, jadi apa kita perlukan ialah reformasi lengkap dan menyusun semula kesemua prosedur di sini supaya kita boleh lihat dana yang disalurkan digunakan pada tahap maksimum.

Hari ini finas telah dirombak dan Ahli Lembaga Pengarah Finas yang baru dilantik. Bagaimanapun nampaknya tanda-tanda menghapuskan ‘kartel’ dalam Finas mungkin tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Sekalipun meletakkan Datuk Ahmad Idham sebagai Ketua Pengarah dan Hans Isaac sebagai Pengerusinya dijangka Finas amat sukar berubah dalam tempoh dua tahun ini.

Pesalah Finas juga belum didakwa hingga ini termasuk bekas Ketua Pengarah dan Ahli Lembaganya.

Skandal Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Itu apa yang berlaku dalam Finas. Satu tempat lagi lubuk dana kreatif yang dikawal oleh kartel ialah MDEC. Sebagaimana di Finas jika anda tidak punya kabel kukuh di MDEC anda hanya membuang masa membuat permohonan.

MDEC tidak kurang skandalnya. Lihat saja projek ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX). Jun 2018 Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia, mengarahkan siasatan penuh terhadap projek bursa data fizikal pertama di dunia, ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX) yang dilaksana MDEC.

Kecoh di media. Bagaimanapun kes ini masih belum kedengaran hingga kini

Katanya, beliau menerima banyak pertanyaan berhubung projek terbabit dan antara persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada wujud percanggahan kepentingan antara pengurus program berkenaan dengan penyedia latihan atau sebaliknya. SPRM wajar menyiasat kes in.

ADAX, bursa data fizikal pertama di dunia yang terletak di Malaysia menyasar untuk melahirkan 20,000 profesional data menjelang tahun 2020, sekali gus mencapai aspirasi ekonomi digital negara. Namun apakah ADAX berjaya?

Penghujung tahun 2018 dalam kesamaran kes ADAX Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MDEC Datuk Yasmin Mahmood telah meletak jawatan selepas berkhidmat selama lebih empat tahun. CEO baru MDEC yang baharu ialah Puan Surina Shukri. Mampukah Surina mengemudi MDEC?

MDEC masih dihantui kegagalan jutaan ringgit wang rakyat pada tahun 2012 apabila animasi 3D "War of the Worlds: Goliath" diberi kepada kroni Dato' Kamil Othman, Leon Tan (Tripod Entertainment) itu gagal. Bukan sahaja gagal malah Kamil Othman dilantik pula sebagai KP FINAS pada tahun 2014. Malangnya di Finas Leon Tan dibawa masuk semula melalui syarikat Dragonslate Sdn Bhd diberi lagi dana RM10 juta kononnya atas pembikinan filem antarabangsa.

Selepas Dato' Kamil Othman di MDEC skandal era skandal di MDEC tidak pernah berakhir

Dakwaan Wujudnya 'Geng Kartel' dalam MDEC

Beberapa syarikat dan individu mengadu sejak beberapa tahun Pegawai MDEC atau ‘Geng Kartel’ ini yang menentukan syarikat mana yang mendapat Dana Kandungan Digital MDEC atau MAC3 Fund yang diwujudkan kerajaan menyokong syarikat pengeluaran kandungan kreatif tempatan dalam membangun dan menghasilkan kandungan digital dalam animasi dan permainan.

Namun jika syarikat itu bukan kroni pegawai MDEC atau ‘Geng Kartel’ sekalipun syarikat produksi dan pemohon individu yang difikirkan layak mendapat dana pasti terpaksa berputih mata.

Lebih buruk jika panel penilai dilantik MDEC itu adalah pemilik syarikat yang pernah mendapat dana MDEC dan dalam masa sama mereka memasukkan syarikat proksi mereka memohon dana itu.

Ada sumber mendedahkan ada pegawai MDEC bertindak sehingga sanggup membuat kertas kerja atau nasihat kepada syarikat yang mahu diberi dana. Jika diluluskan beberapa peratus dari dana itu akan diberikan kepada pegawai.
 
”Buatlah surat sokongan siapapun dalam KKM jika tidak mempunyai hubungan rapat dengan pegawai MDEC atau panel penilai projek pemohonan itu pasti disampahkan”.
 
"Situasi yang berlaku tidak telus sehingga ada pihak yang minta komisen. Malah, ada pemilik syarikat berjumpa dengan Pegawai MDEC dan penilai jawatankuasa dana ini di hotel atau kafe," dakwa mereka lagi.

Setakat ini tiada syarikat yang berani membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana bimbang syarikat mereka disenarai hitamkan.

Siapa dalang-dalang Pegawai MDEC atau Geng Kartel itu?

Artikel ini akan menyenaraikan pegawai kartel serta panel penilai yang dilantik MDEC yang hanya memilih syarikat proksi menguntungkan mereka.

Apakah mereka geng 6 jahanam?

1. Hasnul Hadi Samsudin - Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC

Pegawai MDEC ini memang terkenal dengan sikapnya memilih syarikat yang rapat dengannya. Bertugas di MDEC sejak 2014.

Kemahiran beliau yang paling hebat ialah mengampu menteri. Siapa menteripun pasti akan menyokongnya. Politik lalangnya luar biasa. Di zaman Menteri Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek beliau hidup, di zaman Datuk Seri Salleh Said Keruak beliau terus gagah dan di zaman Gobind Deo beliau dapat menyusup masuk hingga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah FINAS.

Syarikat yang memohon dana tak dapat di MDEC juga mengadu bila ke Finas untuk meminta
dana kandungan kreatif Hasnul juga dalam panel penilai.

'Ibarat terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau'. Ini bermakna panel penilai kandungan kreatif FINAS turut ditentukan Hasnul ini.

Syarikat Rhythm & Hues Sdn Bhd dibantu MDEC kini selepas masuk MDEC beliau  memerah MDEC

Hasnul pernah menjadi Senior Manager di Syarikat Rhythm & Hues Studios dan Sony Computer Entertainment (SCEI).  Bagaimanapun Rhythm & Hues berpengkalan di Los Angeles itu diisytiharkan muflis pada Februari 2013 kerana banyak hutang. Pada tahun yang sama Hasnul dalam portal digitalnewsasia.com mengumumkan unit studio kesan visual Rhythm & Hues (R & H) Malaysia sebagai entiti yang berdiri sendiri serta bakal bekerjasama dengan MDEC sehinggalah beliau menyertai MDEC pada tahun 2014. Sudah tentu beliau di MDEC cuba membantu Rhythm & Hues. Salah satu usaha besarnya ialah menukar Rhythm & Hues Sdn Bhd kepada Tau Films dan membawa Mandeep Singh sahabat baiknya Rhythm & Hues Sdn Bhd  (Tau Films) itu sebagai panel penilai tetap Dana Kandungan Digital MDEC atau MAC3 Fund.

KEKAL BERSAMA- Mandeep Singh dan Hasnul Hadi sahabat serasi

Ramai lagi sahabat-sahabat Hasnul ini dibawa ke MDEC sebagai ahli-ahli panel penilai dana yang mana syarikat mereka sebelum ini menerima dana MDEC melalui bantuan Hasnul. Oleh itu syarikat mana yang diluluskan telah ditentukan lebih awal. Mahu lulus geran perlu jumpa dengannya berkali-kali dan meyakinkan dia bahagiannya. Jika tidak tak mungkin diluluskan. 

2. Janice Lim- Ketua, Animasi dan Media Baru MDEC

Menurut syarikat yang pernah berurusan dengannya beliau juga salah seorang pegawai MDEC yang memilih syarikat yang mahu dibantunya. Bekerjasama kuat dengan Hasnul.Lebih pro kepada syarikat animasi Cina. Oleh itu syarikat baru animasi dimiliki bumiputera sekalipun layak jika baru dalam industeri kreatif akan disingkirkan lebih mudah.

Beliau berbangga dengan Fox Renderfarm sebagai platform dalam industri CG. Beliau berusaha mengumpul syarikat elit animasi Malaysia dan China.  Beliau juga menyusun syarikat-syarikat yang pro kepadanya memohon Dana Kandungan Digital MDEC. Syairkat yang memohon perlu mencari kelemahannya jika mahu meminta tolong.

 

3. Vernon Fernandez - Technologies Manager, Creative Content MDEC

Bagi syarikat dalam industri kreatif jika berhubungan dengan MDEC pasti akan mengenali Vernon. Seorang pegawai dan ahli panel penilai dana kandungan kreatif jenis bermuka-muka. Membocorkan maklumat syarikat kepada pesaing. Seperti biasa pegawai kartel sudah menentukan syarikat mana yang mereka mahu beri dana, syarikat yang bukan melalui mereka  akan dicantas oleh ahli panel. Juga rapat dengan Hasnul Hadi. 

Vernon- Syarikat menggelarnya 'lalang dan bermuka-muka'. 

Syarikat yang mahu mendapat penilaian yang baik dari ahli panel dana kandungan kreatif perlu berjumpa dengan pegawai berkali-kali sehingga mereka yakin bahagian mereka disediakan. Jika rajin melayan kehendak mereka boleh jadi diluluskan. Jika semua skandal ini terdedah ada kemungkinan pihak-pihak yang dianiaya tampil berani ke depan.

 4. Andrew Ooi- Pemilik Syarikat Inspidea Sdn Bhd (Panel Penilai MDEC)

 

Syarikat Inspidea Sdn Bhd miliknya pernah menerima geran MDEC membantu syarikat animasinya. Malah hingga kini terus mendapat dana MDEC. Syarikat animasinya kini berkembang besar. Boleh dikatakan Andrew Ooi adalah anak emas MDEC. Sahabat karibnya Hasnul Hadi Samsudin, Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC itu turut melantiknya sebagai ahli panel penilai syarikat bagi penerima Dana Kandungan Digital MDEC atau MAC3 Fund. 

Apa jadi?, Mana-mana syarikat yang dilihat mampu menyaingi syarikatnya atau atau proksi mereka yang memohon dana maka mereka akan menyekatnya. Menurut sumber Andrew ini juga jenis pendendam.  Mana-mana individu atau syarikat yang pernah bekerja dengannya pasti beliau akan mencantasnya dalam penilaian. Memburukkan keadaan lagi apabila  MDEC menerima bulat-bulat pendapatnya.

Banyak syarikat yang memohon geran MDEC mengadu pelantikan Andrew Ooi yang hanya mahu memilih syarikat kroninya. Pegawai seperti Hasnul, Janice dan Vernon pula lebih suka bersekongkol. Tentunya ini amat tidak bagus kepada syarikat-syarikat memohon apabila geran disediakan kerajaan hanya menguntungkan syarikat-syarikat animasi tertentu.

 5. Mandeep Singh (TAUfilm)

 

Sentiasa akrab dari Syarikat Rhythm & Hues Studios/ Taufilm hingga MDEC

Mandeep Sigh rakan baik Hasnul Hadi dalam Syarikat Rhythm & Hues Studios sebelum muflis 2013. Hasnul dan Mandeep kemudiannya menubuh Syarikat Rhythm Sdn Bhd untuk meneruskan legasi namun syarikat itu tak lama bertahan. Rhythm & Hues yang asal menubuhkan pula Taufilm  yang mana Mandeep Singh seorang warga negara India kekal didalamnya. 

Mandeep Singh dilantik sebagai ahli panel bagi meluluskan geran Dana Kandungan Digital MDEC. Menurut sumber Mandeep turut mengasaskan beberapa syarikat lain yang mendapat geran MDEC selain syarikat proksi. Sekali lagi syarikat-syarikat kreatif yang memohon dana mempertikaikan peranan Mandeep Singh ini. Beliau memperakukan syarikat kroni tetapi mencantas semua syarikat yang tidak dikenalinya. Dah tak ada rakyat Malaysia ke boleh jadi panel. Paling teruk mana-mana syarikat membentangkan karya kreatif dalam Bahasa Kebangsaan terus digagalkan. 

 Mandeep Singh dan Andrew Ooi sebagai panel tetap MDEC

 

6. Juhaidah Joemin - Pengasas Giggle Garage Sdn Bhd

Juhaidah Joemin adalah bekas pegawai MDEC sebelum menyertai pembangunan industri kreatif di Malaysia selepas menubuhkan syarikat Giggle Garage Sdn Bhd. Syarikat miliknya turut mendapat geran MDEC.

Atas kejayaannya Juhaidah Joemin dilantik sebagai salah seorang panel penilai Dana Kandungan Digital MDEC. Masalah utama syarikat yang berjaya dibantu MDEC apabila menjadi penilai ialah membandingkan apa yang mereka lakukan dengan syarikat lain lakukan. Ia sebenarnya sangat bias. Sedangkan mereka berjaya pun membeli IP orang lain.

 Bukan dengki dengan kejayaan mereka. mereka juga pernah dibantu MDEC
tetapi janganlah bunuh syarikat yang lain memerlukan MDEC

Lebih buruk mereka berpakat dengan Hasnul pegawai MDEC serta penilai lain untuk menolak karya orang lain jika dikenal pasti karya itu memberi saingan, pernah bekerjasama ataupun ahli panel penilai menghantar syarikat proksi untuk mendapat dana MDEC. 

Panel yang dilantik semuanya wayang sahaja untuk formaliti. Hakikatnya 'Geng Kartel' MDEC sudah membuat pilihan syarikat mana perlu diberi geran. 

Mohon Menteri campurtangan

Kita menyeru  Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo campur tangan memulihkan MDEC sebagaimana rombakan terhadap FINAS. MDEC perlu dirombak. Selagi ada Hasnul Hadi Samsudin sebagai Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC, MDEC tidak akan ke mana dalam tempoh 5 tahun ini.

Panel penilai juga perlu sentiasa ditukar bukannya hanya Andrew Ooi, Mandeep Singh, Juhaidah Joemin atau sesiapa sahaja yang paling disukai oleh Hasnul Hadi. 

MDEC akan kekal berada ditakuk lama dengan syarikat kroni sedia ada jika tidak membuka peluang kepada produksi lain. Rasuah dan salahguna kuasa dalam meluluskan geran MDEC hanya akan menunggu masa isu MDEC meletup.

Kami mahu menolong menyampaikan kepada YB Menteri. Jika sudah meletup lebih besar dan merosakkan industri dengan hanya menguntungkan sesetengah pihak tertentu yang rugi wang rakyat dibazirkan. Yang kaya terus kaya pula 'Geng Kartel' dalam MDEC.

 

By
Orang dalam MDEC yang Terkorban (ODMYT)

11 Ogos 2019
Hari Raya Korban. 

 Nota- Artikel ini dihantar melalui emel kepada Ketua Editor Sabahkini2.com

 

317 Comments