Taikun DAP sahabat Chin Peng hina tentera hanya ‘makan tidur’ patut hantar kerja FELDA
22:08 Aug 13, 2019  |  By SabahKini2
Taikun DAP sahabat Chin Peng hina tentera hanya ‘makan tidur’ patut hantar kerja FELDA

Taikun DAP sahabat Chin Peng ini buat lagi. Sebelum ini Koon Yew Yin hina Sultan Perak kini dia hina angkatan tentera Malaysia sebagai hanya tahu makan dan tidur.

November 2018 Taikun DAP pengasas IJM dan Gamuda, Koon Yew Yin kontroversi dan biadap menghina Sultan Perak kononnya Sultan terlibat penjualan darjah kebesaran Perak. Ia mencetuskan polemik apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak melantiknya sebagai Penasihat ekonomi negeri Perak sebagaimana tuntutannya sebelum pilihanraya.

MB Perak ketika itu menegaskan Sultan Nazrin Shah tidak terbabit langsung dalam keputusan itu.

“Untuk makluman, keputusan itu dibuat susulan tindakan Koon membuat dakwaan yang sangat serius terhadap Almarhum Sultan Azlan Shah berhubung amalan rasuah dalam pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak di awal pemerintahan Almarhum sebagai Sultan Perak.

“Saya mendapati tindakan Koon mencemar nama baik Almarhum Sultan Azlan dan institusi kesultanan Perak tidak dapat diterima dan dipertahankan. Kata MB

Sikap Biadap Cina Dap Koon Yew Yin

Koon dalam facebooknya menulis Sultan Nazrin Shah cuba campur tangan dalam pelantikan beliau sebagai ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak.

“Sultan Perak tiada hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang pelantikan saya dan baginda tidak boleh mengarahkan menteri besar Perak dan pemimpin politik kita cara melakukan tugas mereka serta apa yang perlu dilakukan kerana saya layak untuk membantu memperbaiki ekonomi Perak,” katanya dalam satu kenyataan ketika itu

[ “The Perak sultan has absolutely no right under the Federal Constitution to stop my appointment, and he cannot tell the Perak menteri besar and our political leaders how to manage their duties and what to do because I am fully qualified to help improve Perak’s economy.”]

Koon berkata dia adalah penyumbang terbesar dana Pakatan Harapan. Jadi Koon Yew Yin berhak mendapat apa yang dia mahu.

“I have donated hundreds of thousand ringgit to each of the four component political parties and campaigned in about 10 locations within Perak for PH.”

PAN ditubuhkan ditaja oleh DAP

Terbaru dalam blognya http://koonyewyin.com Koo Yew Yin menghina angkatan tentera yang menyifatkan kumpulan itu ‘hanya tahu makan dan tidur’.

“Seperti yang anda ketahui, pasukan keselamatan tidak melakukan apa-apa kecuali makan dan tidur. Malah, hampir semua mereka tidak pernah melepaskan tembakan kecuali semasa latihan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA,”

 

Beliau juga secara berterus-terang mencadangkan kerajaan Malaysia untuk mengurangkan bilangan penjawat awam kerana merasakan wang negara yang ‘dihabiskan’ untuk mereka.

Yew Yin, merupakan ahli perniagaan yang menderma secara terbuka kepada Parti Amanah Negara (PAN) di awal penubuhannya.

Beliau merupakan salah seorang penyokong Chin Peng yang mana ketika itu Tommy Thomas (sekarang Peguam Negara) adalah Peguam Chin Peng

4 Comments