Muslimah PAS Wan Asshima mengaku lakukan maksiat?
09:12 Dec 08, 2017  |  By SabahKini2
Muslimah PAS Wan Asshima mengaku lakukan maksiat?

Kenyataan Wan Asshima adalah satu pengakuan tentang kisah hidupnya yang selama ini banyak melakukan maksiat. Pengakuan Muslimah PAS ini pasti bakal menjejaskan nama baik Parti PAS.

KUALA LUMPUR: Dakwaan Wan Asshima Kamaruddin baru-baru ini terhadap aktiviti maksiat yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) mendapat kritikan dari pemimpin, ahli UMNO dan netizen.

Artikel yang disiar oleh portal Harakahdaily.net dan Ismaweb dikesan turut dipadam mungkin bimbang dilapor polis dan bakal saman selepas PAU 2107.

Wan Asshima Kamaruddin bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang keluar parti dan menyertai parti PAS sejak akhir-akhir ini dikesan mencari popularity melalui kenyataan medianya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, isu itu tidak pernah timbul selain menghairankan kerana ia dari Wan Asshima yang kecewa keluar parti.

"Saya sendiri tidak pernah dengar perkara karut itu. Macam mana dia boleh tahu, kecuali dia (yang) buat.

"Macam mana dia boleh tahu orang lain buat khalwat dan sebagainya. Saya rasa ini setelah dia keluar daripada UMNO, masuk parti lain baru hendak bercerita pasal ini.

"Kalau dia betul-betul jujur waktu itu dia sudah bercakap dah. Dia sudah tegur kalau perkara ini berlaku," 

 Seorang blogger terkenal Wan Muhammad Azri (Papa Gomo) mendedahkan mengenali Wan Asshima sebagai kaki peminta.

“Adalah beberapa kali dia minta nak jumpa secara peribadi dan juga minta bantuan kewangan untuk NGO yang dia tubuh. Tapi aku tak layan sebab Nampak dia menagih sesuatu yang lain dari aku.” Kata  Wan Muhammad Azri.

 Sementara itu ahli-ahli puteri termasuk rakan-rakan yang pernah mengenali turut mengecam Wan Asshima.

Kenyataan Wan Asshima adalah satu pengakuan tentang kisah hidupnya yang selama ini banyak melakukan maksiat. Pengakuan Muslimah PAS ini pasti bakal menjejaskan  nama baik Parti PAS. Terdapat pihak yang mendedahkan gaya hidup beliau sebelum ini yang gemar meminta-minta dengan lelaki dengan memberi balasan tubuh, kaki hiburan dan terlibat maksiat.

Suaminya dikatakan ditahan polis kerana memiliki senjata api. Tidak berpuas hati kerana tidak mendapat bantuan Wan Asshima keluar parti dan menyertai Parti PAS sebagai platform barunya. PAS yang menerima Wan Asshima mungkin berpendapat inilah bakal calon Muslimah PAS dalam pilihan raya nanti 

 

13 Comments