Iktiraf UEC: Dr Saleh TKP, IKRAM berunding dengan Dong Zong Rasis
11:08 Aug 14, 2019  |  By SabahKini2
Iktiraf UEC: Dr Saleh TKP, IKRAM berunding dengan Dong Zong Rasis

7 Ogos lalu Dr Saleh Jaafar membuat laporan polis bagi penafian tentang gerakan IKRAM dalam KPM dan Universiti serta penglibatan isu pemecatan Pengerusi LPU di UPM. Dr Saleh sendiri tidak menafikan beliau bukan ahli atau AJK IKRAM.Rupanya memang IKRAM

Hari ini tular beberapa gambar peranan Dr Saleh Jaafar Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam rundingan UEC, IKRAM bersama Dong Zong.

7 Ogos lalu Dr Saleh Jaafar membuat laporan polis bagi penafian tentang gerakan IKRAM dalam KPM dan Universiti serta penglibatan isu pemecatan Pengerusi LPU di UPM. Dr Saleh sendiri tidak menafikan beliau bukan ahli atau AJK IKRAM.Terbukti beliau memang pemimpin IKRAM yang berperanan apatah lagi sekarang beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah di KPM.

Rupanya dalam isu pengiktirafan UEC Menteri ‘Orang Kuat IKRAM’ pada 14 Julai 2018 telah menjadi penganjur perbincangan meja bulat mengenai isu pengiktirafan UEC sebagai syarat am kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

10 orang wakil IKRAM hadir dan 16 orang mewakili pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina (Dong Zong, Jiao Zong, LLG Centre, Centre for Malaysian Chinese Studies, KLSCAH dan Gabungan Lembaga-lembaga Sekolah-sekolah Cina Selangor & Kuala Lumpur).

Dato’ Dr Saleh Jaafar sendiri hadir mewakili AJK IKRAM Akademia selain Hj Zaid Kamarudin, Timbalan Presiden IKRAM dan Prof. Dr. Omar bin Yaakob Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM.

IKRAM menjadi wakil bagi pihak menteri untuk merunding dengan NGO Rasis seperti Dong Zong bagi mengenal pasti titik-titik pertikaian dan persefahaman tentang isu pengiktirafan UEC.

Wakil Dong Zong dikatakan telah memberi penerangan mengenai sistem  pendidikan Cina dan peperiksaan UEC yang mereka kendalikan. IKRAM pula menyuarakan keprihatinan dan kegusaran masyarakat Melayu Muslim terhadap pengiktirafan UEC.

Jadi mengapa Dr Saleh dan IKRAM marah jika benar peranan IKRAM di zaman Malaysia Baharu ini lebih ketara dan kedepan?

 

Lampiran Kehadiran-

IKRAM与华团圆桌交流承认统考课题
Perbincangan Meja Bulat: Pengiktirafan Unified Examination Certification (UEC)

日期:2018年7月14日(六)
时间:下午2时正
地点:Hotel Putra

IKRAM出席代表:
1. Hj Zaid Kamarudin - Timbalan Presiden IKRAM
2. Prof Dr Omar Yaakob - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM
3. Ustaz Megat Mohamed Amin - Pengarah Eksekutif IKRAM-MUSLEH
4. Prof Dato' Dr Hassan Bin Awang Mat Dahan - AJK IKRAM Akademia
5. Prof Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar - AJK IKRAM Akademia
6. Prof Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad - AJK IKRAM Akademia
7. Hj Bat Kamaruzzaman Bin Abdul Kadir - AJK Pendidikan IKRAM
8. Hj Ahmad Jamali Bin Sepihie - Perunding IT IKRAM-MUSLEH; Alumni SRJKC & SMJKC
9. Cikgu Fatimah Tahir - Guru SMJKC Yu Hua Kajang

华团出席代表:
1. 董总:陈友信、黄再兴
2. 教总:李金桦
3. 林连玉基金:刘志文、赖兴祥
4. 华研:吴益婷、陈穆虹
5. 隆雪华堂:李书祯、黄瑞泰
6. 特邀学者:陈亚才
7. 雪隆董联会秘书处:张济作、房怡谅

4 Comments