Pilih DreamEDGE salahkan Najib cubaan paling ‘FAIL’ menteri PH kata Najib
12:08 Aug 16, 2019  |  By SabahKini2
Pilih DreamEDGE salahkan Najib cubaan paling ‘FAIL’ menteri PH kata Najib

Yang janji beri syarikat swasta dan tidak guna dana kerajaan ialah PH. Kini lantik DreamEdge syarkat kerajaan. Salahkan Najib dan BN. “Minta maaf. Tapi alasan Menteri ini untuk salahkan Najib adalah terlalu FAIL,”

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking untuk menyalahkan Datuk Seri Najib Razak berhubung pemilihan DreamEDGE bagi projek kereta nasional ketiga disifatkan cubaan paling gagal daripada menteri-menteri kerajaan sekarang.

Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mahu melaksanakan projek kereta nasional ketiga yang digelar PROTIGA.

Malah, bukan BN yang pilih syarikat itu untuk projek tersebut tetapi dilakukan oleh PH.

“Ketiga, siapa panggil PH pilih syarikat ini untuk projek tersebut jika sudah tahu bahawa syarikat ini milik kerajaan dan setelah berjanji tak akan guna dana awam?

“Korang yang nak projek PROTIGA. Korang dah awal-awal tahu syarikat itu milik kerajaan. Korang yang janji tak akan guna dana awam untuk projek ini.

“Korang yang pilih syarikat untuk projek PROTIGA. Lepas itu, salah Najib?

“Minta maaf. Tapi alasan Menteri ini untuk salahkan Najib adalah terlalu FAIL,” kata Najib yang mendakwa kerajaan PH terkantoi apabila syarikat yang mereka pilih didapati adalah milik kerajaan dengan saham biasa 10 peratus.

Belum masuk lagi sejumlah saham dalam bentuk Saham Keutamaan Boleh Ubah Boleh Tebus (RCPS) yang boleh ditukar menjadi saham biasa dan akan meningkatkan kepentingan kerajaan sehingga tahap 53 peratus.

Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking dianggap netizen memberikan jawapan paling bodoh apabila mendakwa kerajaan lepas memberi kelulusan kepada syarikat berkaitan kerajaan membeli saham dalam DreamEDGE, iaitu firma yang akan mengeluarkan kereta ke-3 negara.

“Pada masa itu Pakatan Harapan (PH) belum menjadi kerajaan. Tetapi perdana menteri tertentu, yang mungkin juga menteri kewangan, memberi kebenaran kepada MIGHT dan anak syarikatnya masuk ke dalam DreamEDGE,” kata Leiking kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Aeroangkasa Malaysia di sini.

Alasan menyalahkan kerajaan lama mengenai pelantikan DreamEDGE bagi kereta nasional ketiga adalah alasan paling GAGAL oleh seorang Menteri PH daripada Parti Warisan Sabah. Sangat memalukan.

4 Comments